Dunia ini penuh dengan keajaiban dan kebesaran ciptaan-Nya yang tak terjangkau dek pemikiran kita. Bersyukurlah kalau kita punya peluang meneroka dan mempelajari mengenainya kerana bukan semua orang mendapat peluang keemasan ini.
Oleh sebab itulah, angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor melalui Instagram berkongsi video perjalanannya ke angkasa buat tatapan netizen.

Berikut perkongsian menarik Dr Sheikh Muszaphar yang dilaluinya sebagai angkasawan hampir 12 tahun lepas.
“Ibu saya menangis dan hilang 10kg semasa saya berada di angkasa lepas. Dia beri saya Al-quran kecil… ingatkan saya untuk membacanya ketika di angkasa”
Dalam video part 1 di Instagram Dr Sheikh, beliau menceritakan permulaan perjalanannya naik ke angkasa dari lokasi Baikonaur Kazakhstan. Dalam tempoh 8 minit saja, roket Soyuz telah membawa angkasawan ini naik ke angkasa.
Semasa dalam tempoh Dr Sheikh di angkasa, ibu bapanya risau, sedih dan mengharungi pelbagai emosi bercampur baur. Namun perkara yang paling angkasawan ini tak dapat lupa ialah dorongan dan semangat yang diberikan ibu bapanya kepada beliau.
Ibu Dr Sheikh juga sempat menitipkan Al-Quran kecil buatnya supaya beliau dapat membacanya semasa di angkasa nanti.
https://www.instagram.com/p/BuAEH_SnVOc/
“Kalau diberi peluang ke Marikh on one way ticket, saya sanggup pergi dan tinggalkan semua di belakang”
Video kedua yang dikongsikan Dr Sheikh pula lebih menjurus kepada pengalamannya di angkasa lepas. Menurutnya, pengalaman dapat melihat Bumi, angkasa dan segala hidupan dari kaca mata angkasawan memang sangat menakjubkan.
Mulai dari pengalaman ini, perspektif hidup Dr Sheikh Muszaphar memang benar-benar berubah. Menurutnya lagi, kalau diberi peluang untuk ke Marikh pula, dia sanggup tinggalkan semuanya di belakang demi merealisasikan misi itu.
https://www.instagram.com/p/BuFOhiDHtlN/
Menarikkan? Teruja admin tengok video daripada Dr Sheikh Muszaphar ni. Terasa kerdil sangat bila tengok ciptaan Allah Maha Besar ini. SS dah tengok belum? Admin tanya je.