in

Sudah 10 Tahun Ke Udara, Legasi JoHaRa Bakal Diteruskan Oleh ‘3 Pagi Era’

COVER

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak 10 tahun dahulu, JoHaRa yang terdiri daripada Johan, Haniff dan Ray telah menceriakan pendengar radio Era di pagi hari dengan telatah dan jenaka mereka. Antara momen yang paling diingati oleh trio ini adalah segmen Mak Jemah yang tidak pernah gagal mencuit hati pendengar.

Terbaharu, stesen radio Era mengumumkan legasi JohaRa akan disambung oleh trio baharu yang dikenali sebagai ‘3 Pagi Era’. JoHaRa yang sudah ke udara selama 10 tahun itu akan digantikan oleh Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin.


JoHaRa 2016

Menurut Pengurus Kandungan Era, Hani Fadzil, perubahan dan penjenamaan semula itu dibuat memandangkan pihak radio merasakan mereka perlu bergerak ke arah perubahan baharu dan segar.

Jelas Hani, segmen 3 Pagi Era dibentuk bukan untuk menggantikan JoHaRa Pagi Era, namun sebagai penerus legasi kepada segmen ini yang pernah merangkul beberapa anugerah.

“Kita tak boleh lari kalau orang buat perbandingan dengan JoHaRa tapi kehadiran Nabil, Azad dan Radin bukan untuk menggantikan mereka, sebaliknya terus menyambung legasi JoHaRa.

“Saya percaya gandingan Nabil, Azad dan Radin ada kekuatan yang tersendiri,” katanya kepada sumber.

Apabila ditanya mengenai ketiadaan Johan yang mempunyai nama besar dalam Era, Hani berkata mereka telah berbincang dan bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

Untuk rekod, selain 3 Pagi Era, beberapa segmen lain juga akan disiarkan seperti Port-Era, Gempak Hit Era, 101 Era dan Hujung Minggu di Era.

Terima kasih JoHaRa kerana pernah menceriakan pagi kami!

Kredit: Harian Metro

BACA: Sambut CNY Dengan Keluarga Besar Johan, Ozlynn Dedah Siap Disediakan Bilik Jadi Ruang Solat

Capture 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.