in

“Subtext filem ada elemen hina agama” – Filem La Luna Jadi Sebutan, Terima Reaksi Pelbagai Dari Netizen

la luna liberal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada yang tonton filem La Luna? Baru-baru ini, kecoh diperkatakan mengenai filem lakonan Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Nadiya Nisaa dan ramai lagi yang mengundang kontroversi.

Ia mengisahkan tentang seorang wanita (Sharifah Amani) yang membuka kedai pakaian dalam bernama La Luna di sebuah kampung bernama Kampong Bras Basah. Di situ, dia bertemu wanita tersebut dengan seorang polis duda (Shaheizy Sam) yang mempunyai anak perempuan remaja.


Namun pembukaan kedai pakaian dalam itu telah ditentang hebat oleh ketua kampung (Wan Hanafi Su) yang mahu memusnahkan perniagaan tersebut dengan apa cara sekalipun.

WhatsApp Image 2024 02 16 at 12

Artikel berkenaan: Bekas Imam Masjidil Haram Dipenjarakan 10 Tahun Hanya Kerana Tegur ‘Liberalism’ Dalam Khutbah

Artikel berkenaan: “Mat Kilau sekali?” – Ini 5 Filem Lokal Yang Pernah Terpalit Kontroversi Di Malaysia

Filem La Luna dituduh bawa pemikiran liberal?

Semenjak ia ditayangkan, filem La Luna telah menerima pelbagai komen baik kritikan dan pujian.

Antara kritikan yang paling menjadi sebutan ialah daripada seorang penulis skrip terkenal, Zabidi Mohamed yang berpendapat subtext filem ini mempunyai elemen penghinaan ke atas agama Islam.

Menurut posting Facebook berkenaan, watak utama filem berkenaan iaitu Hanie (pemilik pakaian dalam), digambarkan sebagai seorang yang progresif, free thinking dan liberal.

Manakala antagonis filem itu, Tok Hassan pula seorang yang berjubah, berserban, berjanggut dan perokok yang mana secara konotasi digambarkan sebagai seorang yang warak dan alim tetapi bersikap konservatif, jumud, terlibat dalam rasuah dan busuk hati.

Tidak saya nafikan ada golongan agamawan Islam dan asatizah tanahair ada yang terlibat dalam salah laku sivil dan jenayah.

“Tetapi untuk mengambarkan konflik pertembungan pemikiran antara golongan agamawan dan golongan fahaman liberal adalah niat nyata penerbit dan pengarahnya untuk meremeh-remeh, memperleceh, memperolok, memperlekeh dan merendah-rendahkan agama Islam,” katanya.

Tambahnya lagi, pemikiran liberal itu disuntik secara halus dalam subtext. Yang menonton tanpa menilai dan mengukur dari sudut pandang Islam tidak akan dapat mengesannya.

Korang boleh baca posting penuh di atas. 

“Islam itu mudah dan indah. Yang menyusah dan menyulitkan manusia macam Tok Hassan” 

Walau bagaimanapun, ada di kalangan netizen memberi pendapat yang bercanggah apabila mereka memuji filem tersebut.

Menurut salah seorang pengguna X, @nrainarsli, banyak input yang diperoleh daripada La Luna antaranya mengenai Islam yang mudah dan indah, namun individu yang menyulitkan adalah manusia seperti Tok Hassan.

Dalam pada itu, pelakon, Redza Minhat juga memberi pandangan mengenai filem tersebut dan berpendapat filem yang bagus perlu bersifat liberal kerana cerita yang bagus meraikan sudut pandang yang pelbagai.

Jadi apa pandangan korang mengenai filem ini? Ada yang dah tengok tak? Boleh kongsi komen korang di sini. 

Sumber: Facebook, X 1/2

Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.