in

“Suatu hari nanti anak orang Bangladesh boleh jadi PM”- Kenyataan Lelaki Warga Asing Ini Buat Ramai Marah

F4 Warga Asing Kata Anak Bangladesh Boleh Jadi Perdana Menteri Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan bahawa terdapat ramai warga asing terutamanya warga Bangladesh yang datang bekerja di Malaysia.

Namun, kenyataan seorang warga asing baru-baru ini menerusi sebuah video di TikTok telah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila individu tersebut mengatakan dia yakin anak-anak orang Bangladesh suatu hari nanti boleh menjadi Perdana Menteri negara ini.


Kenyataannya itu telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok lain yang dikenali sebagai tbg.arsenal.

@tbgarsenal

♬ original sound – Tbg Arsenal – HAIRI #TBG#ARSENAL#

Dalam video yang berdurasi selama tiga minit 43 saat itu, dapat dilihat lelaki warga asing itu mengatakan negara Malaysia ini maju dan sudah kaya kerana warga asing yang datang bekerja di kilang-kilang negara ini.

Artikel Berkaitan : “Tiada permit kerja sah” – Tular Video Penari Separa Bogel, Premis Di Bukit Bintang Ditutup Serta-merta

Selain itu, dia turut mengatakan orang Bangladesh juga lah yang bekerja cuci longkang dan mengutip sampah di negara itu.

10 2 2

Tambahnya lagi, orang Bangladesh rajin bekerja keras dan pandai cari wang.

Apa yang membuat orang ramai marah ialah individu warga asing itu juga memarahi Ustaz Sophian yang terkenal di TikTok kerana sering menyerbu premis niaga haram yang dioperasikan oleh warga asing.

Ini kerana menurutnya, Ustaz Sophian hanya menyerbu premis perniagaan haram orang Bangladesh sahaja sedangkan di Pulau Pinang juga, ada banyak kedai haram yang dioperasikan oleh orang Indonesia dan Thailand.

Sumber: TikTok @tbg.arsenal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.