in

“Suasana kampung terasa suram” – Bapa Nuraina Humaira Enggan Tengok Muka Suspek, Ibu Cuba Kawal Perasaan

Nuraina Humaira Kes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Nuraina Humaira Rosli yang ditemui mati di kawasan berpaya Sabtu lalu merupakan kejadian pertama berlaku di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Sungai Siput.

Menurut Tok Batin Hadu Long, sepanjang 19 tahun beliau memegang jawatan itu, ini adalah pertama kali kampung itu digemparkan dengan jenayah berat membabitkan penduduk.


Menurutnya, insiden menimpa murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu menyebabkan penduduk masih ketakutan dan suasana kampung terasa suram.

Artikel berkaitan: Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Maut Di Kawasan Paya Dipercayai Dibunuh, Dirogol

Artikel berkaitan: Dilaporkan Hilang Sejak Jumaat, Kanak-kanak Perempuan 10 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Dalam Paya

553

Bapa enggan tengok muka suspek

Sementara itu, ibu bapa mangsa masih terkejut dan bersedih kerana tidak menjangka kehilangan anak sulung mereka sejak Jumaat lalu berakhir dengan tragedi yang tidak diingini.

Bapa mangsa, Rosli Mahadi mengatakan dia sudah dimaklumkan mengenai penangkapan suspek namun tidak mahu mengetahui lebih lanjut tentang suspek.

“Saya diberitahu ada suspek ditangkap, eloklah, tapi saya tak mahu tahu dan tak mahu tengok muka dia.”

Rosli berkata, pihak keluarga dalam tempoh menenangkan diri dan cuba menerima kenyataan yang amat pahit itu.

“Isteri saya sedaya upaya kawal perasaannya, anak bongsu pula tidak menangis, cuma dia sedar kakaknya tiada di rumah dan mencari-cari,” katanya sayu.

Terdahulu, media melaporkan suspek berusia berusia 17 tahun yang juga saudara terdekat mangsa direman tujuh hari sehingga 25 Ogos depan bagi membantu siasatan.

Nuraina Humaira bukan sahaja disyaki dibunuh, tetapi dipercayai dirogol berdasarkan hasil laporan bedah siasat.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.