Dalam industri seni di Malaysia ni, melakukan konsert jelajah memang satu perkara penting kerana ia sebahagian daripada staregi pemasaran album penyanyi tersebut.
Tapi kalau hanya sekadar lagu-lagu single apatah lagi kalau artis itu baru sahaja berjinak dalam industri hiburan.
Rasanya cukup sekadar untuk membuat persempahan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu. Melainkan kalau nama tu dah besar macam Tok Ti ke, Dato’ Sheila Majid, Ella atau seangkatan dengannya boleh lah.
Kenyataan penyanyi baru yang terkenal dengan lagu hit Senyum, As’ad Motawh yang bakal mengadakan konsert jelajah ini telah mengundang kecaman netizen.
Suara persis itik serati tercekik bijik nangka, ada hati nak buat konsert jelajah?
Lapor mStar Online kelmarin, As’ad Motawh mengumumkan akan mengadakan siri konsert jelajah ke seluruh negara pada Februari ini.
Menurut Asad, 18, konsert pertamanya itu akan turut disertai beberapa penyanyi lain dari syarikat rakamannya.
Disebabkan itu dia menerima kecaman hebat daripada netizen kerana hanya berbekalkan dua lagu sahaja.
As’ad Motawh dilabelkan sebagai delusional kerana ada netizen memperlekehkan kredibilitinya apabila netizen membongkar satu video dia menyanyikan lagu Asal Kau Bahagia bersama penyanyi asal, Kumpulan Armada yang begitu sumbang.
Nyanyi macam ni nak buat konsert jelajah?
https://twitter.com/IniAlannn/status/1080753330463207424
Rata-rata netizen sokong dengan kenyataan Alan Al-Padat ini, ramai juga antara mereka yang troll berkenaan dengan konsert jelajah yang bakal berlangsung itu.
“Mak cik baru siap make up konsert dah habis dah…Ingat Dato Siti?” – Netizen
Hurmm, tapi dia ada mention dia juga akan release lagu baru tu dan dilakukan bersama rakan-rakan artis lain dibawah naungan syarikat rakaman sama dengan dia. Ohh begitu.