Ada anak OKU terpaksa dibiarkan sorang-sorang kat rumah kerana ayah dan abang kepada ramaja malang itu dikuarantin sebab kena suspek Coronavirus.
Yan Chen itu merupakan remaja kurang upaya, dia tak boleh nak makan sendiri kerana keadaannya itu memerlukan pemantaun lebih.
Anak terbiar tanpa makan dan minum
Lapor Nextshark, mayat remaja itu dijumpai di rumahnya di Huajiahe Town, Huanggang, Wilayah Hubei hari ini. Bapanya telah dikuarantin seminggu bersama abangnya.
Insiden ini telah menggemparkan netizen di media sosial dari negara tersebut, susulan itu Datuk Bandar Huajiahe dan Setiausaha Parti Komunis setempat disitu telah dilucutkan jawatan.
Remaja tersebut menghidap Cerebral palsy dimana satu gangguan pergerakan kekal yang muncul ketika umur awal seorang kanak-kanak.
Gejalanya memang bervariasi tetapi selalunya ia melibatkan koordinasi yang lemah, otot yang kaku, dan lemah. Mungkin juga ada masalah dengan deria, penglihatan, pendengaran, menelan, dan bercakap. Dalam sesetengah kes, pesakit lumpuh terus,
Lebih menyayat hati lagi, ayahnya ada muat naik status di Weibo (satu aplikasi media sosial dari China) untuk minta pertolongan orang ramai yang anak dia terbiar di rumah berseorangan tanpa makan dan minum.
Namun, selepas berita kematian anaknya itu, pihak berkuasa tempatan terus menyiasat kes ini. Wilayah Hubei, tempat tinggal mereka sekeluarga ini salah satu tempat Coronavirus mula membiak pada Disember lepas.
Setakat ini, novel coronavirus (2019-nCoV atau Wuhan coronavirus) telah merebak kepada 27 negara. Kes telah meningkat kepada 20,696, manakala angka kematian juga telah meningkat kepada 427 dan 781 kini dalam proses pemulihan.