Di Indonesia kini sedang tular sebuah video mengenai nasib malang yang menimpa seorang ibu anak dua yang berusia 33 tahun ini. Dia telah diceraikan oleh suaminya yang baru sahaja mendapat jawatan sebagai kakitangan kerajaan secara kontrak.
Dalam video tersebut, dilihat wanita itu sedang menangis sambil diberi sokongan moral daripada jiran tetangga, menurut sumber video tersebut merupakan situasi ketika wanita yang dikenali sebagai Melda Safitri ini mahu pulang ke pangkuan keluarga setelah diceraikan suaminya.
Artikel berkaitan : “Kalau tiada, inilah pengakhiran Uqasha” – Peguam Jawab Punca Uqasha Senrose Fail Cerai
Artikel berkaitan : Uqasha Senrose Didakwa Sudah Fail Cerai Pada 1 Oktober Lepas?
Gara-gara tak ada lauk
@repi.melayu.inhu_riau Seorag Suami Tega Tinggalkan Istri yang menemani dari Nol, serta harus terbuang bersama 2 Anaknya ketika suami lulus P3K 🥺 Semoga tidak ada Terjadi di Instansi Kabupten Indragiri Hulu. #SungguhTega #Kejadiandi_Aceh #Fyp
♬ suara asli – REPI MELAYU INHU-RIAU – REPI MELAYU INHU-RIAU
Berdasarkan sumber, ‘kedinginan’ antara mereka sebagai suami isteri bermula pada 14 Ogos 2025 lalu ketika suaminya pulang ke rumah. Suaminya naik angin kerana tidak disediakan lauk untuk makan.
“Dia pulang kerja, sudah petang lalu dia marah-marah, tidak ada lauk di rumah. Macam mana saya nak masak nak nasi dengan lauk, apa pun tidak ada di rumah.”
Sejak dari itu, hubungan mereka mula renggang, mereka kerap bertengkar dan mula berlaku keretakan rumah tangga. Malah, Melda Safitri juga menyatakan bahawa suaminya culas memberikan nafkah.
Ketegangan antara mereka berlarutan sampailah pada satu malam suaminya melafazkan cerai.
“Dia terus bilang ke saya, kamu Fitri saya ceraikan 1, 2, 3 lalu dia pergi membawa bajunya.”
Selalu bagi sokongan masa tengah susah
Melda Safitri meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana dia diceraikan ketika suaminya bakal dipilih menjadi Kakitangan Kerejaan secara kontrak pada 18 Ogos 2025.
Jelas Melda, dia yang selama ini sanjung suaminya itu mempunyai harapan tinggi terhadap pelantikan tersebut agar dapat memulihkan ekonomi keluarga kecilnya yang masih kekurangan.
“Dia ceraikan saya sebab mahukan jawatan sedangkan kami dulu berjuang bersama. Saya berharap kalau dia dapat jadi kakitangan kerajaan boleh bantu ekonomi keluarga.”
“Tapi bila Allah dah kurniakan rezeki, dia ceraikan saya pula. Kalau memang nak ceraikan saya, kenapa tidak dari awal lagi.”
Sumber: Tribun