Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas mengaku yang di la telah membunuh isterinya dalam kejadian di bilik sebuah hotel yang terletak di Jalan Pejabat Pos, Perak, semalam.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri kepada pemberita bahawa suspek sendiri yang datang untuk serah diri dan ia dipercayai akibat masalah rumah tangga.
Artikel berkaitan : Lelaki Tergamak Bunuh Isteri Guna Ular Tedung, Taknak Bercerai Sebab Kena Pulang Duit Hantaran
Artikel berkaitan : “Dia layan bini cukup baik” -; [VIDEO] Rakan Dedah Perangai ‘Sebenar’ Suspek Kes Bunuh Isteri & Anak
Tak puas hati isteri tuntut fasakh
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata suspek yang berusia 36 tahun itu telah membunuh wanita berumur 32 tahun kerana dipercayai tidak puas hati apabila mangsa ingin menuntut fasakh walaupun sudah dipujuk.
“Semakan mendapati suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik yang sama sehari sebelum kejadian, iaitu pada 19 Jun (kelmarin).”
“Motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun sudah dipujuk.”
Md Noor Aehawan turut mengesahkan bahawa selepas menikam isterinya itu, suspek kemudiannya datang sendiri ke Balai Polis Batu Gajah sekitar jam 2 petang semalam untuk menyerah diri.
“Suspek kemudiannya ditangkap untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut masih dijalankan.”
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asistan Superintendan V K Gunaselan di talian 0123634341 untuk membantu siasatan.
Sumber : Buletin TV3