in

“Suami satu dalam 1000” – Belum Ada Zuriat, Pakcik Setia Jaga Isteri Di Wad Buat Ramai Terharu

Pakcik Sweet Jaga Isteri Tiada Zuriat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga hari ini kecoh di media sosial mengenai isu rumah tangga yang membuatkan ramai berasa emosi.

Namun di sebalik isu hangat itu, sebuah video memaparkan kesetiaan seorang pakcik berada di samping isterinya yang terlantar di hospital pula telah tular di TikTok.


Menerusi video itu, pakcik tersebut dikatakan sentiasa menemani isterinya di hospital dan selalu memberi ucapan romantis sebelum pulang selepas habis waktu melawat.

Menerusi kapsyen di akaun Tiktok Lynnzz, dia memberitahu bahawa pasangan terbabit tidak mempunyai zuriat, namun terlihat bahagia walaupun mereka sedang diuji.

@bella_stre0

Pakcik & makcik ni takda anak…tapi setiap masa ada pakcik ada dengan wife die..😌😌setiap kali habis waktu melawat mesti salam & cium wife die.. ‘nanti abang datang lagi sayang’… sweettt sangat🥰🥰 sayang hingga akhir waktu😇😇 fyp kasihsampaisyurga

♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

Bukan itu sahaja, pakcik itu juga kelihatan ceria dan sentiasa murah dengan senyuman kepada sesiapa yang bertegur sapa dengannya.

“Setiapa kali habis waktu melawat mesti pakcik akan salam dan cium isteri dia sambil berkata ‘nanti abang datang lagi sayang’.

“Mereka berdua sangat sweet… sayang hingga akhir waktu,” tulisnya.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-ratanya meluahkan rasa gembira melihat hubungan pasangan terbabit walaupun tidak memiliki cahaya mata.

Malah video itu juga turut mendapat perhatian ahli keluarga pasangan berkenaan yang mengakui mereka sememangnya pasangan yang romantis sejak awal perkahwian sehingga usia tua.

“Pak Lang dan Alang memang sweet dari mula-mula kahwin dulu sampai sekarang.

“Makan bersuap-suap, cakap pun lembut-lembut saja…semoga Alang diberikan kesihatan yang baik,” tulisnya di ruangan komen.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan kesihatan pasangan tersebut dan berharap kasih sayang mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Screenshot 2023 08 23 154139

Tidak kurang juga menjadikan pakcik dan makcik terbabit sebagai pasangan contoh yang tidak menjadikan anak sebagai alasan untuk berpoligami.

Baca: “Kesetiaan lebih mahal dari sebuah Tesla” – Dr Samhan Dipuji Hargai Isteri, Setia Jaga Ketika Sakit
Dr Samhan Sakit Isteri Setia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.