Siapa tak kenal pasangan Sugu dan Pavithra yang terkenal selepas Youtube channel mereka viral baru-baru ini. Sejak itu, subscriber mereka mula naik dan ramai juga wartawan melawat kediaman pasangan ini di Sungai Siput untuk temu ramah.
Pasangan ini diminati kerana sifat rendah diri dan bertutut dalam bahasa Melayu selain ramai yang memuji kerana kebersihan rumah mereka terutamanya bahagian dapur.
Suami dah berhenti kerja!
Melalui sebuah video di Youtube, Pavithra telah menerangkan suaminya Sugu sudah berhenti daripada kerja di estet tersebut. Katanya suami buat keputusan untuk berhenti sebab cuti di syarikat lama tidak banyak. Jadi mereka buat keputusan mahu tumpukan perhatian sepenuhnya untuk video content di Youtube channel. Dengar penjelasan mereka di sini:
Pindah rumah sewa baru
Memandangkan rumah yang mereka duduk sebelum ini adalah kuarters pekerja di estet, jadi Sugu dan Pavithra kini sudah berpindah ke rumah lain. Dekat Youtube, pasangan ini ada buat vlog tunjuk mereka cuci dan berpindah ke rumah baru di pekan Sungai Siput.
Ramai netizen rasa gembira untuk Sugu dan Pavithra kerana rezeki dapat berpindah ke rumah sewa yang lebih luas dan selesa untuk keluarga mereka. Korang tengok sendiri, bahagian dapur pun jauh lebih besar!
Lebih besar, lebih selesa
Melalui video tu, boleh nampak rumah teres satu tingkat yang mereka diami sekarang ada banyak bilik dan sangat luas, sesuai untuk pasangan ini tinggal bersama anak-anak mereka. Perkongsian mereka mencuci rumah dan mengemas untuk berpindah ke rumah baru itu juga mendapat perhatian ramai penonton.
Tahun ini adalah tahun di mana keluarga Sugu dan Pavithra merasai perubahan besar dalam kehidupan mereka. Siapa sangka, dengan hanya niat untuk bantu suami dan cuba untuk buat video masakan namanya melonjak naik!
Sehingga kini, pasangan ini dah ada lebih 684,000 subscribers dengan anggaran jumlah tontonan sebanyak 25 juta! Netizen juga akan ternanti-nantikan video baru yang akan dimuat naik dekat channel mereka.
Admin ucapkan selamat maju jaya dekat Sugu Pavithra!
Baca: “Orang baik ramai sayang” – 4 Sebab Kenapa Orang Minat Sangat Pasangan Sugu Pavithra Ni