in

Suami Nak Buat ‘Suprise’ Lepas Balik Kursus, Sekali Nampak Isteri Curang Dengan Pelajar Uni

Cats 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa-apa silaturahim di dunia ni mesti ada naik turunnya, baik hubungan sesama kawan, keluarga ataupun pasangan. Ianya bertujuan mengutuhkan kasih sayang namun, berbeza pula kisahnya dengan seorang polis Indonesia ni yang isterinya ditangkap curang dengan pelajar universiti.


Menurut Viva Bandung, polis yang bernama Alvian Hidayat balik ke rumahnya dengan niat untuk buat ‘surprise‘ kepada isterinya setelah lama berjauhan disebabkan latihan kursus yang dijalaninya.

Qqw

Namun, isterinya, Karina Dinda Lestari yang juga merupakan seorang doktor masih tiada ketika dia tiba di rumah. Disebabkan itu, dia ambil keputusan untuk tunggu kepulangan isterinya. Alangkah terkejutnya dia bila ternampak isterinya balik bersama seorang lelaki yang dipercayai seorang pelajar Universiti Hasanuddin di Makassar.

Artikel berkaitan: Batal Majlis Nikah Saat Akhir, Wanita Sedih Bakal Suami Curang Sebab Berat Badan

Artikel berkaitan: “Saya dah terima kifarah” – Anggota Polis Kasari Tunang Sebab Kantoi Curang Akui Sudah Bertaubat

Disebabkan rasa ingin tahu, dia memeriksa phone isterinya dan menjumpai gambar Doktor Karina dengan student tu tanpa seurat benang pun! Dengan perasaan kecewanya, dia terus laporkan isterinya atas tuduhan zina ke Polis Wilayah Sulawesi Selatan.

Za

Berubah kerana pengaruh buruk

Dalam pada itu, seorang yang dipercayai rakan serumah Karina mengatakan dia pada awalnya baik-baik saja dengan berpakaian serba lengkap. Namun, disebabkan pengaruh yang tak baik, dia telah buka hijabnya dan mula mengunjungi kelab-kelab malam.  Perkara ni berlaku ketika ketiadaan Alvian di sisi untuk membimbingnya.

Difahamkan juga, Karina dan student itu masing-masing belajar dalam kuliah kedoktoran yang sama di universiti itu. Walau bagaimanapun, kepercayaan suami terhadapnya telah dikhianati dengan tingkah laku yang tak bermoral ni.

Sumber: Viva Bandung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.