Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti inginkan kebahagiaan yang kekal hingga akhir hayat. Namun siapa lah kita sebagai manusia untuk melawan takdir Allah SWT.
Ikuti kisah sedih Syahida Samsul berasal dari Muar, Johor yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dan hanya sempat bergelar isteri selama 3 minggu selepas suaminya, Mohd Syahmi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Lebih menyedihkan, Mohd Syahmi meninggal dunia sehari sebelum hari kelahirannya.
“Happy birthday sayang”
“Ya Allah terima kasih kerana hadiahkan aku suami terbaik untuk 3 minggu ini”
Mohd Syahmi Mohd Shafee yang berasal dari Kuantan, Pahang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Arwah yang ketika itu menunggang motorsikal, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori sampah di sebuah jejantas berdekatan Plaza Tol Subang pada 19 September lalu.
Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kesedihan yang dialami isteri dan keluarga arwah.
Adik arwah Mohd Syahmi turut meluahkan rasa kesedihan di atas pemergian abang mereka :
![a6](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2016/09/a6.jpg)
![a8](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2016/09/a8.jpg)
Ayah mereka sudah terlebih dahulu meninggalkan mereka sekeluarga pada awal tahun ini. Apa yang lebih menyedihkan, kedua ayah dan abang (Mohd Syahmi) meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
![a3](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2016/09/a3-1.jpg)
Doakan supaya isteri dan keluarga tabah dengan dugaan ini dan redha di atas pemergiaan arwah. Semoga roh arwah ditempat di kalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah
Al Fatihah.