in

Suami Maut Selepas Makan Ikan Buntal, Mengandungi Racun Lebih Bahaya Daripada Sianida!

Ikan Buntal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Warga emas yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 25 Mac lalu selepas makan ikan buntal disahkan meninggal dunia semalam (Sabtu).

Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, lelaki berusia 84 tahun itu dirawat di ICU Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang.


Menurut sumber, pasangan ini telah membeli ikan buntal secara atas talian melalui Facebook. Kemudian, mereka telah menggoreng ikan tersebut sebagai hidangan tengah hari.

Ikan Buntal

Siasatan lanjut mendapati ikan buntal segar itu diperolehi dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat.

“Pada 8 April (Sabtu) sekitar jam 5.20 pagi, pesakit telah dikesan dalam keadaan tidak responsif ketika jururawat sedang menguruskan pesakit lain.

“Bantuan kecemasan telah diberikan serta-merta dengan kehadiran Pegawai Perubatan selama 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 6.20 pagi,” kata Tian Soon menerusi kenyataan pada Sabtu.

Tambah Tian Soon lagi, berhati-hatilah ketika memilih makanan, terutamanya jika ia mempunyai risiko tertentu.

Ikan buntal mengandungi racun lebih berbahaya berbanding sianida

Ikan buntal, atau turut dikenali sebagai pufferfish, blowfish atau baloonfish merupakan sejenis ikan beracun yang boleh membawa mudarat sekiranya tidak disediakan dengan betul.

Kulit dan organ ikan buntal mengandungi sejenis toksin yang dikenali sebagai tetrodotoxin.

Toksin ini boleh membawa maut walaupun dalam jumlah yang kecil. Ia juga dikatakan lebih berbahaya berbanding sianida.

Bukan itu sahaja, cara siang ikan buntal juga berbeza dengan ikan biasa. Racun tetrodotoksin tersimpan di dalam hati, kelenjar kelamin, kulit, dan usus ikan buntal.

Ikan Buntal
Ikan buntal yang dijadikan sashimi

Organ tersebut harus dibuang dengan hati-hati dengan teknik khusus supaya ikan boleh dimakan dengan selamat.

Orang Jepun sangat suka makan ikan buntal atau ikan fugu ini. Pada musimnya, harga ikan buntal boleh mencecah RM 1000 sekilo!

Selalunya ikan buntal hanya dihidangkan dengan selamat dimakan oleh chef yang pakar membuatnya sahaja.

Bukan itu sahaja, racun tetrodotoksin tidak akan hilang walau ikan buntal dimasak atau dibekukan tau!

Kalau hendak makan makanan eksotik, pastikan ia disediakan oleh chef yang bertauliah ya!

Sumber: Harian Metro

Baca: Mungkin racun masuk ke bahagian isi” Peniaga Ikan Buntal Respon Isu Warga Emas Maut

Ikan Buntal

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.