Arena bola sepak tempatan baru-baru ini kecoh apabila satu pendedahan ‘panas’ tular di media sosial, mendakwa seorang pemain import Liga Super terlibat dalam skandal rumah tangga.
Pemain import berusia 28 tahun itu pula difahamkan antara tonggak utama pasukan tersebut musim ini.
Lebih menghangatkan keadaan, jika dakwaan itu benar, karier pemain berkenaan boleh terus menjunam dan reputasinya pasti tercalar teruk.
Artikel berkaitan: Polis Sahkan Bekas Pemain Bola Sepak Kelantan Suspek Kes Temb*kan Di Golok
Artikel berkaitan: FA Jepun Pertimbang Keluar AFC, Mahu Wujudkan Persekutuan Bola Sepak Asia Timur

Suami kepada wanita tersebut dikatakan sudah tak tahan lagi dengan apa yang berlaku, lalu nekad mendedahkan dakwaan hubungan sulit isterinya dengan pemain import itu.
Dalam perkongsian yang tular, lelaki berkenaan meluahkan rasa sedih dan kecewa, sambil mendakwa isterinya bukan saja curang, tetapi dah berkali-kali menempah hotel bersama pemain tersebut.
Tak lama kemudian, cerita itu meletup dalam kalangan penyokong, dengan pelbagai spekulasi dan perbincangan hangat memenuhi media sosial.
Setakat ini, baik pihak kelab mahupun pemain sendiri masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai dakwaan tersebut.
Sumber: Harian Metro
