in

“Suami dah banyak kali mohon maaf” – Isteri OKU Dipuk*l Anggap Pelaku Tak Berhati Perut

syaz ft 2025 01 20T105300.370

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jumaat lalu, kecoh di media sosial apabila tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai di sebuah pasar dekat Kemaman, Terengganu.

Mangsa pukul itu kemudiannya didapati merupakan seorang orang kelainan upaya (OKU) mental dan insiden itu dipercayai berlaku di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai.


Artikel berkaitan: “OKU itu kawan saya” – Lelaki Kongsi Peribadi Lelaki OKU, Dedah Dia Seorang Yang Rajin Bekerja, Kuat Berusaha

Artikel berkaitan: “Satu amaran keras” –  Pukul Lelaki OKU, G57 Bersedia Bantu Keluarga Saman RM1 Juta

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhammad Wan Ja’afar berkata setakat ini, pihaknya telah menahan empat individu yang terlibat dalam insiden tersebut dan telah merakam keterangan tiga saksi awam.

2973883

Isteri kepada mangsa, dikenali sebagai Faridah menganggap apa yang terjadi kepada suaminya, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh itu sebagai sesuatu yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Mereka tidak berhati perut, bayangkan suami sudah beberapa kali memohon maaf, mereka tetap memukulnya.

Bila suami minta diberikan air untuk membasuh matanya yang pedih selepas dicurahkan mi goreng, individu terbabit bertindak menyepak kepala suami,” kata ibu kepada lima anak itu.

Malah, dia turut mempersoalkan mengapa individu berkenaan sanggup melakukan perbuatan kejam terhadap suaminya itu dan memperlakukannya seperti haiwan.

“Kalau benar dia bersalah dan sengaja melanggar sebuah gerai makanan di situ, mereka sepatutnya selesaikan dengan cara baik.

Sepatutnya mereka datang bertemu saya dan berbincang, saya sanggup bayar ganti rugi yang dialami mereka,” katanya.

Dalam pada itu, isterinya berkongsi sepanjang 25 tahun hidup bersama, suaminya itu tidak lupa solat dan sering ke masjid solat berjemaah.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.