in

“Stressnya sampai rasa nak…” – Perbualan Aplikasi WhatsApp Dalam Folder ‘Baby Sayang’ Berkaitan Kes Zayn Rayyan Didedahkan

mesej ibu zayn rayyan

Mahkamah Sesyen semalam telah didedahkan dengan beberapa perbualan di aplikasi WhatsApp daripada dua nombor telefon milik dua individu pada sebelum dan hari kehilangan kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin iaitu 5 Disember 2023.

Menurut Berita Harian, saksi pendakwaan ke-25, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Zaidi Abu Hassan, 43, yang juga juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer berkata, antara kandungan WhatsApp yang diekstrak daripada salah satu telefon bimbit yang dirampas adalah,

‘Stressnya sampai rasa nak bunuh orang saja’ dan ‘lantaklah nak hidup ke nak mati’.”

SAMBUNG BICARA PERTUDUHAN PENGABAegwcafqvIAN ZAYN RAYYAN 117042995 1744014774

Hasil analisis juga mendapati, salah satu telefon jenama iPhone menggunakan iCloud atas nama Ismanira, manakala telefon Huawei menggunakan akaun Google atas nama Zaim Ikhwan Zahari.

Perkara ini dimaklumkan Mohd Zaidi ketika sesi pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi.

Artikel berkaitan: Ismanira Gagal Jawab Beberapa Soalan, Tak Tahu Minat Zayn Rayyan – Saksi

Artikel berkaitan: Polis Rakam Keterangan Ismanira Susulan Viral Video Pimpin Tangan Zayn Rayyan

Folder ‘Baby Sayang’ dan ‘Manja’ dedah mesej mengejutkan? 

Menurut Mohd Zaidi, perbualan WhatsApp atas nama folder ‘Baby Sayang’ dan ‘Manja’ itu diekstrak daripada dua telefon bimbit iaitu Huawei dan Iphone serta dua kad sim yang diserahkan oleh pegawai penyiasat kes.

SAMBUNG BICARA PERTUDUHAN PENGABAIAN ZAYN RAYYAN 1744014198

Berikut antara sesi soal jawab Mohd Zaidi di mahkamah dengan Timbalan Pendakwa Raya: 

Nur Sabrina: Mesej bertarikh 20 Jun 2023 pada jam 11.58 pagi, dalam ‘folder’ Baby Sayang, ASP jelaskan ke mahkamah apakah mesej yang dinyatakan di kotak pertama?

Mohd Zaidi: Stressnya sampai rasa nak bunuh org je.

Nur Sabrina: Boleh nyatakan tarikh dan masa mesej itu dihantar?

Mohd Zaidi: Tarikh pada 20 Jun 2023 pada jam 11.58 pagi.

Nur Sabrina: Kita pergi ke kotak seterusnya, boleh bacakan teks dinyatakan?

Mohd Zaidi: Kena belasah dah sekor-sekor, aku nak rehat pun tak boleh

Seterusnya, mahkamah didedahkan dengan jawapan balas WhatsApp berkenaan.

Nur Sabrina: Boleh ASP bacakan mesej di kotak ke-10?

Mohd Zaidi: Hang belasah jela sampai puas, pada 20 Jun 2023

Nur Sabrina: ASP boleh bacakan teks pada kotak kedua?

Mohd Zaidi: Pastu (lepas itu) nanti sakit ke mati baru tahu, pada 20 Jun 2023, jam 12.19 tengah hari

Mohd Zaidi yang sudah berkhidmat hampir 18 tahun dalam bidang itu turut diminta pegawai penyiasat untuk mengeluarkan WhatsApp perbualan dua nombor itu pada hari kehilangan arwah Zayn Rayyan pada 5 Disember 2023 bermula jam 12.20 tengahari hingga 12.59 tengah hari.

Nur Sabrina: Saya ingin merujuk teks pada 5 Disember 2023, boleh bacakan kepada mahkamah apakah teks berkenaan?

Mohd Zaidi: Zayn hilang, dia lari, lantaklah nak hidup ke nak mati, letih gila aku mencari, geram betullah.

Dalam pada itu, mahkamah juga diberitahu pada 11 Oktober 2023, dua mesej dikeluarkan daripada telefon sama menunjukkan perbualan ‘stress gilalah dengan Zayn ni’ dan ‘macam nak bunuh diri je sekarang’ pada jam 6.45 petang.

Pemeriksaan dan analisis ke atas data Iphone bersama satu kad sim bertanda F2 juga mengeluarkan perbualan di aplikasi WhatsApp telefon bimbit dengan nombor disimpan sebagai Manja dan Ayah di dalam telefon bimbit.

Hasil pemeriksaan juga mendapati, terdapat aplikasi yang dinyahpasang (uninstalled) di dalam telefon bimbit iPhone antaranya Facebook, Google Photos, Telegram, Threads, Apple Mail dan WhatsApp Business,” katanya.

Perbicaraan akan disambung hari ini.

Sumber: Berita Harian

Sumber: BH
Sumber: BH