Umum tahu subjek Matematik adalah subjek yang agak sukar dan sering kali mendatangkan stress bagi mereka yang tidak gemarkannya.
Subjek ini juga memerlukan kita mahir dalam pengiraan nombor serta formula-formula yang sukar difahami dan agak mengelirukan.
Seperti yang berlaku di China baru-baru ini, seorang bapa dikatakan terkena serangan jantung gara-gara stress membantu anaknya menyelesaikan soalan Matematik!
Aduhai.. Sampai terkena heart attack gara-gara soalan Matematik.
Perasaan bengang yang melampau
Menurut media tempatan, lelaki tersebut yang berusia 45 tahun dikenali sebagai Liu telah menderita penyakit jantung setelah kerana bengang yang melampau ketika membantu anaknya menyelesaikan soalan Matematik.
Si bapa dikatakan telah membantu anaknya yang baru darjah 3 menyiapkan kerja sekolah yang diberikan guru setelah sekolah bermula sejak sebulan yang lepas.
Namun, si bapa mula menunjukkan gejala sakit dada sejak 2 minggu yang lepas apabila dia menjadi frust dengan anaknya itu.
Keadaan dikatakan bertambah buruk pada Ahad lepas apabila si bapa menjadi sangat marah setelah dia terpaksa mengajar anaknya soalan Matematik yang sama sebanyak 3 kali.
Disebabkan stress yang melampau terhadap anaknya, Liu merasa sakit di bahagian dada. Bukan itu sahaja, Liu turut mengadu sesak nafas dan akhirnya rebah tidak sedarkan diri.
Menderita sakit jantung
Susulan kejadian itu, Liu telah dikejarkan untuk mendapatkan rawatan di Shenzen Third People’s Hospital.
Setelah terjaga dari pengsan, Liu diberitahu oleh doktor yang merawatnya bahawa dia mengalami sakit jantung.
Ekoran terkejut mendengar berita itu, Liu sekali lagi rebah tidak sedarkan diri dan mulutnya juga tercungap-cungap dan berbuih-buih.
Doktor melakukan tindakan pantas dengan cuba untuk menstabilkan keadaan Liu dan dia juga perlu melakukan beberapa jenis ujian untuk mengetahui punca terjadinya simptom-simptom tersebut.
Melalui ujian yang dilakukan, doktor mengesahkan bahawa bahagian utama salur darah Liu telah tersumbat. Hal ini menyebabkan bekalan darah tidak dapat disalurkan ke bahagian jantung.
Tabiat merokok dan stress melampau
Selain itu, doktor juga mengatakan bahawa tabiat Liu yang merokok selama bertahun-tahun menjadi penyumbang kepada keadaan kesihatan jantungnya.
Namun, kejadian serangan jantung itu sendiri berpunca daripada kemarahan dan stress yang melampau yang dialami oleh Liu semasa membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah.
Menurut doktor lagi, tindakan ahli keluarga Liu yang pantas menghantarnya untuk mendapatkan rawatan di hospital adalah satu tindakan yang bijak. Hal ini kerana serangan jantung yang dialaminya itu boleh membawa maut.
Liu telah menjalani pembedahan kecemasan dan berada dalam keaadaan stabil di Hospital Shenzen.
Apa yang menarik, ini merupakan kes yang kedua yang berlaku di China. Sebelum ini, terdapat juga seorang ibu yang turut mengalami serangan jantung ketika membantu anaknya menyelesaikan soalan Matematik.
Mana-mana cikgu Matematik tu, tahniah kerana anda adalah seorang yang penyabar.
Baca: Cikgu Belasah Murid 10 Tahun Sampai Meninggal Dunia Hanya Sebab Tersalah Jawab 2 Soalan Matematik