Kalau korang perasan, penghasilan imej atau gambar menggunakan janaan kecerdasan buatan (AI) kini menjadi trend di media sosial.
Namun, penggunaannya yang tiada kawalan ini telah memberikan impak negatif dalam situasi tertentu.
Seperti tragedi pilu yang berlaku baru-baru ini iaitu kemalangan bas persiaran yang telah mengorbankan nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Dalam pada orang ramai menzahirkan ucapan takziah dengan tragedi yang berlaku, ada sesetengah individu memuat naik gambar animasi janaan AI mangsa-mangsa yang terlibat.
Artikel berkaitan: “Ustaz luar negara kata haram?” – Trend ‘Edit’ Gambar Jadi Kartun, Ini Penjelasan UAI
Artikel berkaitan: Hati-hati Kongsi Gambar & Video Anak Di Socmed, Boleh Jadi Bahan Penipuan ‘Scammer’ & AI
Menerusi gambar AI yang dikongsikan itu, memperlihatkan kesemua mangsa berjalan melalui lorong cahaya meninggalkan rakan-rakan mereka.
Selain itu, turut mendapat perhatian gambar AI yang menunjukkan beberapa tragedi yang pernah menggemparkan negara dikumpulkan dalam satu gambar.
Perkongsian gambar-gambar AI ini telah mencetuskan perdebatan netizen, majoritinya mengecam kerana ia dilihat tidak menghormati keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi terbabit.
Netizen menganggap penjanaan imej-imej AI ini hanyalah semata-mata untuk mengejar view dan individu yang menghasilkannya juga dikatakan boleh menjana duit apabila imej AI itu tular.
Justeru, netizen berharap agar orang ramai tidak menjana sebarang gambar AI nahas berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga berpendapat gambar AI itu boleh disalah tafsir oleh sesetengah pihak yang tidak mengikuti perkembangan insiden berkenaan.
Apa pendapat korang tentang trend gambar AI ni?
Sumber: X