Nampak gayanya masih belum reda isu acara pertunjukan fesyen dianjurkan Leeyanrahman yang dikecam netizen kerana tidak mengikut SOP ditetapkan. Acara itu mendapat perhatian selepas tetamu yang hadir dilihat duduk rapat antara satu sama lain tanpa penjarakan fizikal serta rata-rata daripada mereka tidak memakai face mask.
Lebih membuat isu itu panas apabila tersebar sebuah video menunjukkan pengasas jenama itu, Hafiz Hamids seolah-olah seperti mengakui acara berkenaan tidak mematuhi SOP.
Bagaimanapun, tuan empunya badan dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang dikatakan dalam video tersebut adalah gurauan. Menurutnya lagi, acara tersebut mengikut SOP ditetapkan seperti tetamu akan disaring serta bagi sesiapa yang terlupa bawa face mask, pihak penganjur ada sediakan.
“Hakikatnya, fashion show tersebut memang mengikut SOP yang ditetapkan which is keluar dari lift hall, semua guest akan disaring oleh pihak dewan.”
“Semasa registration, guest akan di check sekali lagi oleh pihak kami sendiri. Kepada yang tak bawa mask, pihak kami akan beri secara percuma.”
Baru nak reda isu itu, kali ini netizen ‘panas hati’ dengan sikap pengasas Leeyanarahman kerana dikatakan seperti ‘play victim’. Semuanya selepas Hafiz memuat naik posting Instagram dengan mengatakan apa yang berlaku adalah ‘ujian Allah’.
Aku tak faham dia ni. Play victim tahap apa ni? Kau yang buat statement bodoh kan? Pastu orang marah cakap Allah uji?”
Menurut Hafiz, salah seorang pekerjanya berkata anggaplah apa yang terjadi sebagai salah satu ujian. Namun, kata netizen pula apa yang berlaku terhadap pengasas itu dan jenama tersebut tidak boleh dianggap ujian Allah kerana kesalahan itu datang dari mereka sendiri.
Justeru, netizen berpendapat, lebih elok jika mereka akui kesilapan dan tidak ulangi benda yang sama atau bersikap lebih terbuka.
Susulan tularnya video fashion show mereka itu, polis kini dilaporkan sedang mengesan penganjur serta tetamu yang hadir ke majlis berlangsung di Glamhall, Damansara Perdana, Rabu lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata pihaknya akan membuat semakan daftar kehadiran melalui aplikasi MySejahtera.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1376507566214115330
Kita tunggu siasatan polis, harap tak ada double standard.