in

‘Stalker’ Tak Serik, Lepas Elon Musk, Kini Nak Intip Pesawat Peribadi Billionaire Lain Pulak

3Jack

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas mengesan pergerakan pesawat peribadi Elon Musk, seorang remaja kini berhasrat untuk mengesan dan mengintip pergerakan pesawat-pesawat milik bilionaire dunia yang lain. Antara nama-nama bilionaire dalam watchlist beliau adalah Bill Gates dan Jeff Bezos.

Screenshot 2022 02 05 At 2.41.27 Pm

Menurut sumber dari UNILAD, Jack Sweeney akan melancarkan Ground Control bagi mengesan pergerakan pergerakan dan aktiviti pesawat-pesawat ahli perniagaan berprofil tinggi.


Untuk rekod, Sweeney pernah ditawarkan $5,000 (RM20,000) untuk berhenti melakukan ‘kerja-kerja’ intipan terhadap pesawat peribadi milik Elon Musk. Namun, Sweeney telah meminta $50,000 atau sebuah kereta elektrik Tesla Model 3.

Screenshot 2022 02 05 At 2.39.24 Pm

Selepas tawaran semula dari Sweeney kepada Musk itu diberikan, tiada sebarang maklum balas dari pihak Musk mengenai tawaran itu. Pada masa yang sama, Sweeney masih mengharapkan tawarannya itu diterima Musk disamping meneruskan ‘kerja-kerja’ intipan terhadap pergerakan pesawat peribadi Musk.

Screenshot 2022 02 05 At 2.38.39 Pm

Selain daripada pesawat milik Musk, Sweeney juga ‘mengintip’ pergerakan pesawat Kylie Jenner dan Drake, disamping berhasrat untuk mengesan pesawat milik Bill Gates dan Jeff Bezos.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.