in

“Staf silap masuk bil”- Viral Air Kosong Berharga RM5, Restoran Di Langkawi Mohon Maaf Kepada Pelanggan

f4 harga air kosong rm5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila sebuah restoran di Pulau Langkawi telah mengenakan caj sebanyak RM5 kepada pelanggannya yang memesan air kosong di premis makanan berkenaan.

Gambar resit makanan dan minuman yang dipesan oleh pelanggan restoran tersebut telah tular di media sosial terutamanya di X dan Facebook sehingga ada warganet yang menyatakan harga penginapan dan makanan di Langkawi kini semakin mahal dan ia menyebabkan ramai rakyat Malaysia lebih gemar melancong di Thailand berbanding dalam negara sendiri.


Artikel Berkaitan: Pelancong Indonesia Makan Megi Ayam RM15, Netizen Tak Pelik Harga Mahal Sebab…

Artikel Berkaitan: “6 orang makan, RM200!” – Wanita Terkejut Harga ‘Nasi Campur’ Cecah RM 35 Sepinggan!

Walau bagaimanapun, pihak restoran itu kemudiannya telah tampil menjelaskan perkara sebenar di Facebook bahawa harga air kosong RM5 itu sebenarnya telah berlaku akibat kecuaian staf restoran itu.

6 1

Ini kerana harga air kosong di restoran itu sebenarnya adalah RM1 dan harga tersebut tidak pernah ditukar atau naik harga sejak restoran itu mula beroperasi pada tahun 2015.

Kesilapan harga itu berlaku kerana ada staf restoran itu yang tersilap memasukkan nombor kod air kosong itu ke dalam sistem.

Staf kita tersilap masuk kod nombor (1111) Nescafe dan lupa tukar harga. Kod nombor asal untuk air kosong adalah CA07,” jelas pihak restoran itu.

8 3 1
Harga air kosong yang sebenarnya di resit pelanggan lain

Menurut pihak restoran itu lagi, ramai staf di premis berkenaan juga baru mula bekerja, jadi tidak hairanlah ada staf yang masih belum biasa dengan sistem tersebut sekali gus masalah tersalah masukkan kod nombor pesanan pelanggan telah terjadi.

Pihak restoran juga turut memohon maaf dan meminta pemilik resit air kosong RM5 itu untuk menghubungi mereka agar wang lebihan dapat dikembalikan.

Sumber: Facebook Shell Out Restaurant Cenang

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.