Sekarang ini, seorang lagi staff yang bekerja di Mid Valley positif Covid-19. Individu tersebut merupakan pekerja Machines.
Menerusi pengumuman daripada laman Facebook rasmi mereka, pekerja tersebut tidak hadir kerja selepas pulang pada 8 Oktober lepas.
Kemudian, hari ini (10 Oktober 2020), dia memberitahu pihak pengurusan bahawa ada kes positif Covid-19 di tempat tinggalnya. Dia diarahkan untuk menjalani pemeriksaan dan diarahkan untuk kuarantinkan diri.
https://www.facebook.com/machines.apple.reseller/posts/10157991391103138
Mereka ini berkerjasama dengan KKM untuk mengenal pasti kontak rapat untuk ujian dan kuarantinkan diri. Machines cawangan Mid Valley kini ditutup untuk pembasmian kuman dan pembersihan sehingga diberitahu kelak.
Baca : Mid Valley &The Gardens Mall Pula Catat Kes Covid-19 Lepas Staf Disahkan Positif