Baru-baru ini, kecoh apabila ada beberapa penemuan bangkai kucing dalam keadaan mengerikan di sebuah Institusi Pengajian Tempatan Awam (IPTA) terkenal.
Susulan insiden itu, Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Selangor menawarkan ganjaran RM10,000 bagi sesiapa yang memberi maklumat mengenai individu bertanggungjawab atas kematian kucing-kucing tersebut.
Artikel berkaitan: “Bangkai anjing pun ada” – Lepas 5 Ekor, Ada Lagi Bangkai Kucing Ditemui Di IPTA
Artikel berkaitan: “Ada seekor lagi” – IPTA Sahkan Kucing M*ti Dalam Keadaan Ngeri Kerana Anjing Liar, Tapi Ramai Tak Setuju?
“Kekejaman ini bukan sahaja menyayat hati tetapi merupakan tindakan jenayah serius di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 Malaysia.
Kami mendesak sesiapa yang mempunyai maklumat yang boleh dipercayai untuk tampil ke hadapan. Bersama-sama, kita boleh memastikan keadilan bagi haiwan-haiwan yang tidak bersalah ini serta mencegah tragedi lain pada masa hadapan,” kata Pengerusi SPCA Selangor, Christine Chin.
Pun begitu, tidak lama selepas kenyataan itu dikeluarkan, seekor lagi kucing ditemui mati dalam keadaan ngeri di institusi terbabit.
Info itu dikongsikan oleh kesatuan pelajar IPTA tersebut dan difahamkan penemuan bangkai kucing itu di kawasan Fakulti Perubatan.
“Pada 2 Januari, kami diberitahu seekor lagi kucing ditemui mati di Fakulti Perubatan, badan kucing itu dikelar sehingga organ dalamannya terdedah.
Setakat ini, pihak keselamatan sudah tiba di lokasi kejadian, wakil kami dari fakulti perubatan juga telah membuat laporan polis berkenaan isu in,” tulisnya.
Dalam pada itu, kesatuan pelajar itu turut memberitahu pihak mereka akan sentiasa memberikan update berkenaan insiden ini.
Sumber: Instagram, MalaysiaKini