in

Squid Game Musim Ke-2 Bakal Keluar, Pengarah Janjikan ‘Story’ Lebih Gempak

Page Squid Game

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini genap sebulan drama Squid Game ditayangkan di Netflix dengan jumlah tontonan tertinggi dari kalangan penonton. Kali ini, cerita masih lagi tentang Squid Game dengan satu lagi berita gembira yang terkini.


Seiring dengan kejayaan yang menggila sejak ditayangkan pada 27 September lalu, masih ada peminat yang tertanya-tanya, adakah drama dari Korea Selatan ini akan mempunyai sambung musim ke-2 kerana pengakhirannya yang dilihatkan agak tergantung.

Selepas berteka-teki dengan persoalan peminat, akhirnya pengarah dan juga penulis skrip drama tersebut menjawab soalan tersebut dengan memberitahu Squid Game bakal menemui peminat dengan musim kedua.

Will There Be A Season 2 Of Netflix S Squid Game 1632821870

“Sudah semestinya ada perbincangan tentang perkara tersebut” – Pengarah Hwang Dong Hyuk

Akan tetapi, disebabkan sokongan yang tak terhingga dari peminat, Hwang Dong Hyuk mengakui dirinya mengalami kesulitan untuk memikirkan jalan cerita yang lebih gempak dan menarik dari musim yang pertama.

Beliau juga menambah, dia memerlukan masa untuk menghasilkan musim kedua siri itu. Oleh itu, dia tidak akan memaksa dan menggesa dirinya untuk menyiapkan skrip dalam waktu terdekat malah akan mengambil masa secukupnya untuk menghayati jalan ceritanya.

Squid Game Season 2 Renewed Cancelled Netflix 1508665

Ini kerana, dia tidak mahu hasilnya nanti akan mengecewakan peminat sekiranya tidak memenuhi jangkaan mereka. Hwang Dong Hyuk juga memberitahu bahawa dia teragak-agak untuk meneruskan sambungan drama itu pada awalnya.

Diharapkan semua peminat bersabar untuk menunggu musim kedua ini kerana seperti yang kita tahu, proses untuk menyiapkan skrip itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bukan tu je, nak hasilkan Squid Game ni pun, pengarah ambil masa 8 tahun tau untuk siapkan skrip.

Baca: “Kena main batu seremban ke?” – Trailer Squid Game Versi M’sia Raih Perhatian Netizen, Maszlee Malik Pun Ada!

Batu Seremban

Sumber: Cosmopolitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.