in

SPRM Bongkar Sindiket Rasuah Kuota Tiket Umrah Dengan Bayaran Lebih RM10 Juta

sindiket rasuah tiket umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, timbul isu berkaitan kenaikan harga pakej ibadah umrah sehingga membangkitkan keresahan kepada bakal jemaah umrah di negara kita.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar aktiviti sindiket menentukan pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah kononnya berbentuk komisyen.


Menurut laporan Harian Metro, enam individu berusia antara 34 hingga 55 tahun iaitu pengarah serta kakitangan syarikat pelancongan di enam syarikat ditahan SPRM dalam satu operasi khas.

61673372947 mrahramadankenan

Sumber berkata, syarikat terbabit dilantik sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sebagai agen tunggal untuk mengurus dan mengagihkan kuota tempat duduk bagi setiap penerbangan mengerjakan umrah.

Difahamkan, modus operandi sindiket mengenakan bayaran rasuah berjumlah antara RM50 hingga RM250 bagi setiap kuota tiket bagi jemaah umrah. Bayaran yang dikenakan itu untuk memastikan agensi umrah mendapat kuota tempat duduk dalam setiap penerbangan dijadualkan.

“Sindiket ini dipercayai sudah menjalankan kegiatan ini sejak 2018 lagi. Dikatakan sebanyak 216,000 tiket diagihkan dengan bayaran rasuah sekurang-kurangnya berjumlah RM10.8 juta,” katanya.

Katanya, isu kenaikan harga tiket ini timbul apabila terdapat sindiket yang memonopoli kuota tiket dan penjualan tiket dengan harga yang tinggi.

Dijangka akan lebih ramai ditangkap bagi membantu siasatan, menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Baca: Batal Booking Jemaah Saat Akhir, Pensyarah Dedah Taktik Kotor Hotel Di Arab Saudi ‘Main Harga’

hotel di makkah madinah naik harga

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.