in

“Spread love ya’ll” – Kini Bergelar ‘Rider’ Gojek, Cliff Umar Bawa Diri Ke Indonesia?

Syaz Ft 2024 09 30T132505.766

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cliff Umar merupakan seorang penyanyi yang muncul sebagai pemenang program hiburan realiti GV7 atau Gegar Vaganza musim ke-7.

Pun begitu, episod gelap menyelubungi vokalis Projek Pistol itu apabila dia didakwa memiliki 0.39 gram heroin dan dia ditahan di Subang Jaya pada 3.30 petang pada 26 Mei lalu.


Artikel berkaitan: Pernah Menjuarai Gegar Vaganza, Cliff Umar Mengaku Bersalah Miliki Dadah

Artikel berkaitan: “Rosak memori indah ku” –  Cliff Umar Lupa Lirik Masa Nyanyi Lagu Meet Uncle Hussain?

Dalam hantaran di Instagram miliknya, Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph insiden yang berlaku pada Mei lalu itu dijadikan sebagai pengajaran bagi menjadikan dirinya sebagai individu yang lebih baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cliff.Umar (@cliff.umar)

Lebih mengejutkan, pelantun lagu Wanita Seluruh Dunia itu berkongsi dia sudah pun meneruskan kehidupannya sebagai seorang rider Gojek iaitu servis menghantar penumpang menggunakan motosikal yang terkemuka di Indonesia.

“Tidak kira apa yang berlaku dalam hidup saya, menggegarkan pentas sebagai penyanyi atau menjadi rider Gojek, saya bersyukur kepada Tuhan kerana memberi saya kehidupan yang telah saya lalui,” tulisnya.

Dia juga berkata tiada apa yang lebih menyedihkan daripada kehilangan agama serta cinta hatinya, Anita.

“Tidak kira seberapa keras saya ditolak, saya akan sentiasa bangkit dengan lebih kuat dan lebih baik,” tulisnya lagi.

Pun begitu, bekas juara GV7 itu tidak mengesahkan adakah dia kini menetap di Indonesia ataupun tidak.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.