Semalam, telah berlangsungnya Pesta Kuantan 188 di Kuantan, Pahang yang mana telah dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Acara yang bakal dijadikan acara tahunan bagi negeri Pahang itu telah dimeriahkan dengan pelbagai persembahan, termasuklah nyanyian dari artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cakra Khan, Aizat Amdan dan ramai lagi.
Jacky TV muncul di pentas, cuit hati YDPA
Namun antara yang paling menarik perhatian semalam adalah penampilan hos Youtube, Jacky TV di pentas yang mana videonya kini tular di TikTok.
Aksinya yang selamba dan menjawab soalan hos acara dengan gaya kelakar telah menarik perhatian ramai termasuklah Yang di-Pertuan Agong yang terhibur dengan Jacky. Sampai ketawa YDPA kita ye.
@pahangpostnow @Jacky TV cuit hati YDPA di Pesta Kuantan 188
Video berkenaan telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata terhibur dengan gelagat Jacky dan memuji sikap Yang di-Pertuan Agong yang begitu sporting melayan jenaka hos Youtube itu.
Sebagai info, Jacky yang kini terkenal di media sosial ini sebenarnya bermula dengan persembahan jalanan di sekitar Kuantan dan merupakan orang istimewa yang mempunyai masalah pembelajaran dan percakapan.
Namun namanya meningkat naik selepas diambil menjadi hos Youtube bagi rancangan Jacky TV dan telatahnya yang unik dalam bertanyakan soalan telah menarik perhatian ramai. Korang boleh baca pasal Jacky dengan lebih lanjut di bawah.
Baca: Netizen Kongsi Kisah Hidup Jacky TV Sebelum Jadi Fenomena Baru Youtube