in

“Spesis macam ni la lambatkan kerja housekeeping” – Lambat Check In Hotel, Staf Dedah Sebab Sebenar…

pelanggan buat kotor bilik hotel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak seminggu yang lepas, viral isu yang membabitkan pelancong yang menginap di beberapa buah hotel mewah mengadu terpaksa menunggu masa yang agak lama untuk check-in hotel.

Ada yang sudah menunggu daripada pukul 2 petang hinggalah ke 8 malam tanpa mengetahui sebab mengapa mereka lambat untuk masuk ke bilik yang telah ditempah.


 

“Macam mana nak check in awal kalau semua perangai macam ni?” 

Walau bagaimanapun, seorang staf hotel yang bertugas di bahagian housekeeping mendedahkan punca kelewatan ini berlaku ialah kerana sikap pelancong itu sendiri.

Menerusi video TikTok yang dikongsikan @anna_faz86, dia telah memaparkan sikap tidak bertanggungjawab dan pengotor pelanggan yang menginap bilik hotel.

hosue

Kalau korang tengok bilik-bilik yang terpaksa housekeeping ni kemas, aduh tak terjangkau di fikiran ada orang yang berperangai seperti ini!  Siap ada yang bawa masuk durian lah, pecahkan TV dan macam-macam lagi.

@anna_faz86

Mcmne nak checkin awal kalau semua perangai mcmni? #hotelierlife #RentasNegeri #JomReady #viral #kitabelummenang

♬ Я буду ебать – Moreart

Bila lambat check in hotel meroyan, viral… Nak bilik siap sanitize 10x sehari kalau boleh besar kuman pun takde. Takut konon. 

“Tapi bila korang check out tinggalkan bilik macam ni rupa tak bersalah ke?” tulisnya dalam video tersebut

Tambahnya lagi tak ada salah jika pelanggan memudahkan kerja housekeeping dan cuba untuk check out awal bagi mengelakkan kes check in lambat dari pelanggan lain.

“Jangan guna alasan korang dah bayar. Guna hati perut sikitlah. Sebab spesis macam ni la yang melambatkan kerja housekeeping. 

“Belum lagi yang terhegeh-hegeh nak check out. Yang nak check in pun tak sabar-sabar pukul 12 dah terpacak depan hotel,” luahnya lagi.

 

“Ni kalau kat hotel pun dah macam ni, boleh bayangkan kat rumah dorang macam mana” 

Perkongsian tersebut telah mendapat respon netizen yang mengecam sikap pelancong di hotel terbabit yang tidak bertanggungjawab dan tidak pandai menjaga kebersihan.

Malah ada juga di kalangan hotelier mengadu kerja housekeeping ini bukanlah kerja yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam berhadapan dengan pelanggan.

komen hotel

 

Harap-harap mereka yang menginap hotel tu beringatlah supaya jangan kotorkan bilik yang korang duduk tu. Kalau kita mudahkan kerja orang, Tuhan pasti akan mudahkan kerja kita juga. 

Baca: “Ni bukan walk-in tau” – [VIDEO] Penginap Hotel Berang Servis Staf Tak Setaraf Dengan ‘Title’ Hotel 5 Bintang

hotel 2

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.