in

“Speed = nyawa!” – Pakar Sakit Puan Jelaskan Sebab Kenapa Ibu Hamil Perlu Bawa ‘Buku Pink’ Setiap Masa

Doktor Buku Pink Ibu Mengandung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buku pink atau nama rasminya Rekod Kesihatan Ibu ini untuk yang belum tahu adalah buku yang merekodkan kesihatan ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.

Secara umumnya, wanita yang sedang dalam kehamilan harus diawasi selain melakukan pemeriksaan rapi secara berterusan bagi memastikan diri mereka berada dalam keadaan kesihatan terbaik.


Dalam masa yang sama, kesihatan bayi dalam kandungan juga turut akan diperiksa dan disebabkan segala rekod berkaitan ibu dan bayi dicatatkan dalam buku ini, maka pastikan ianya disimpan dalam keadaan rapi dan ditempat yang sepatutnya lah.

Buku Rekod Kesihatan Ibu

Oleh itu, sebenarnya adalah sangat disarankan kepada ibu mengandung untuk membawa buku rekod berkenaan setiap masa dan pastikan ianya dibawa kemana-mana.

Baru-baru ini, ada satu perkongsian di Twitter oleh Pakar Sakit Puan, Dr Izzat tentang pesakit yang baru ingin berjumpa dengannya yang tidak membawa buku tersebut bersama.

“Dr ada new patient call nak dtg, dia 27 weeks pregnant, harini dia puasa tapi perut mengeras. Tapi dia tak bawak buku mengandung tu sebab dari office”

Dalam bebenang berkenaan, Dr Izzat menasihatkan para ibu mengandung supaya membawa bersama buku pink berkenaan setiap masa kerana ia mengandungi semua maklumat tentang kehamilan tersebut.

Jadi, sekiranya ada kecemasan yang berlaku, doktor atau mana-mana petugas kesihatan boleh terus belek nota pada buku berkenaan untuk melihat sejarah kesihatan ibu mahupun bayi, terutamanya sekiranya ibu tersebut pengsan atau tak sedarkan diri.

Bolehkah Ibu Mengandung Berpuasa?

Menurut Dr. Izzat, ibu yang cukup sihat dan mampu berpuasa boleh meneruskan ibadah berkenaan. Namun, ada beberapa keadaan yang dinasihatkan untuk segera berbuka puasa.

Antara keadaan di mana ibu hamil yang berpuasa dinasihatkan untuk berbuka puasa sekiranya bayi tersebut kurang bergerak. Berbuka segera dan teruskan pantau pergerakan bayi. Sekiranya masih kurang, sila berjumpa dengan doktor.

Kedua, ibu yang mula berasa kontraksi yang sakit juga perlu buka puasa dan keadaan tersebut dipantau secara berterusan. Sekiranya terus menerus kontraksi berserta sakit, dinasihatkan ibu terus berjumpa doktor.

Selain itu, sekiranya ibu mengandung berasa tak sihat, demam, rasa nak pitam dan sangat dehydrated, mereka dinasihatkan juga untuk berbuka.

Akhir sekali, sekiranya ibu bimbangkan keselamatan dirinya dan keselamatan bayi dalam kandungan mereka dinasihatkan untuk berbuka, keadaan ini juga sama dengan golongan ibu yang menyusukan anak.

Baca : Pesakit Gastrik Perlu Elak 7 Makanan Ini Ketika Berbuka, Nombor 2 Paling Tak Sangka!

1Gastrik 728X383 1

Sumber: Hello Doktor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.