Korang dah pergi bazar Ramadan ke belum? Apa makanan favourite korang bila singgah je bazar? Korang membazir ke tak dekat bazar tu? Sedar tak sedar dah seminggu kita menyambut bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ni.
Bila terlintas je dekat fikiran tentang bulan puasa, mesti ramai yang fikir bazar Ramadan apa pulak yang akan diterjah nanti. Mana taknya, setiap bazar ada pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual.
Makanan yang selalu jadi target bila pergi bazar Ramadan ialah ayam percik, ayam golek, murtabak dan roti john. Air pulak mesti air katira, soya dan tebu. Kalau kuih yang selalu dibeli pulak ialah kuih tepung pelita dan pulut panggang. Memang terliur habis ni!
Baru-baru ni, viral di TikTok seorang gadis @pijahniboss yang memuatnaik satu video berkongsi tentang dirinya membeli roti john tapi kecewa dengan inti dalamnya.
@pijahniboss #ad selalu tengok orang kene, kalini diri sendiri kena😭 ke roti john sini memang mcm ni???😭😭😭#LazadaTambahRaya #BersahurBersamaBerocca #xyzbca #fypdongggggggg #fypシ #fyp #fypage #rotijohn #angin #dbannedtroops
Dalam video tersebut, gadis ini kecewa apabila roti john yang dibelinya hanya penuh dengan sos cili dan mayonis tapi langsung tiada sayur dan inti ayam. Min pun frust jugak kalau terkena macam ni!
Menurut gadis ini, selalunya dia yang akan melihat orang lain terkena roti john inti ‘angin’ ni tapi apakan daya dugaan bulan puasa, kena scam jugak.
Menerusi ruangan komen TikTok, ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman sama dan turut bersetuju dengan menyatakan bahawa ramai peniaga yang nak untung, tapi tak mahu menjaga kualiti makanan. Memang tak patut buat macam tu!
“Kat sini beli murtabak daging , tapi daging takde?” – Komen netizen
“1st ramadan beli roti john daging rm5. Dapat roti telur sos mayonis je. Daging, sayur takde??” – Komen netizen
Ada juga netizen yang menyuruh gadis ini menjadi pembeli yang bijak serta menasihati penjual roti john untuk beri kualiti yang baik kerana keberkatan itu lebih penting berbanding untung yang melampau.
Korang pernah tak kena scam dengan roti john inti angin ni?
Baca: “Bukan scam la” – [VIDEO] Netizen Ajar Gadis Cara Makan Pau Mantou Dengan Betul