Pereka fesyen, Jovian Mandagie tumpang gembira melihat bekas isterinya, Nina Ismail Sabri melalui bahtera perkahwinan baharu bersama pasangan baharu, Hafiz Osman.
Dia juga ada memberikan ucapan buat pasangan mempelai itu. Bagaimanapun, menerusi IG Story miliknya, dia memaklumkan tidak dapat hadir menyaksikan bekas isterinya bersanding baru-baru ini.
Artikel berkaitan : Mungkir Perjanjian Pinjaman, Jovian Mandagie Diarah Bayar RM10 Juta Kepada 2 Syarikat
Artikel berkaitan : Hubungan Jovian Dengan Bekas Isteri Masih Baik, Siap Makan Malam Dengan Keluarga Bekas Mertua
“Tahniah buat pengantin baru! Maaf saya tak dapat hadir untuk menyaksikan persandingan kamu berdua, saya doakan yang terbaik buat kamu berdua. Saya ucapkan semoga berbahagia dalam kehidupan kamu. Kita jumpa makan malam bersama bila saya balik KL nanti!”
Dalam pada itu, Jovian turut kongsikan kata-kata positif berkenaan perpisahan mereka dengan menyatakan bahawa ia bukanlah satu pengakhiran. Bahkan, dia juga menyatakan bahawa dia dan Nina masih lagi berhubung dan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.
Nampak yang Jovian terima baik dengan perkahwinan baharu bekas isterinya ini dan mereka juga jaga hubungan baik, mungkin demi anak.
Sumber : Instagram