Rasanya ramai yang mengenali individu bernama Puteri Balqis. Pelakon cilik ini pernah membintangi beberapa drama dan filem seperti Akulah Balqis dan KL Special Force. Malah, beliau juga pernah merangkul trofi Pelakon Wanita terbaik Drama Anugerah Skrin 2014 ketika baru berusia tujuh tahun.
Belakangan ini, nama pelakon ini menjadi perbualan hangat pengguna media sosial gara-gara beliau ada memuat naik imej seksi di media sosial miliknya. Pelbagai kecaman dan hinaan diterima Puteri Balqis akibat gambar terbabit sehingga ada yang berani menggelarnya b*t*n* s*nd*al.
Terbaharu, Puteri Balqis sekali lagi menjadi perbualan ramai setelah beliau tampil dalam satu podcast di saluran YouTube brosgangtv. Dalam podcast berkenaan, Puteri Balqis ada membuat satu pengakuan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapa kandungnya.
Aqish & Ibu disepak bila minta untuk diajar baca Al-Quran
Menurut Puteri Balqis, bapa kandungnya tidak pernah memberikan apa-apa didikan kepadanya dan tidak pernah mengambil tahu hal berkaitan rumah. Tidak cukup dengan itu, beliau mendedahkan dirinya dan ibu pernah ditendang selepas ibu Puteri Balqis meminta bapa kandung pelakon itu untuk mengajarnya membaca Al-Quran.
“Tapi, apa yang paling teruk Aqish rasa masa dia pernah bawak Aqish keluar pergi mamak dengan kawan-kawan dia. Masa tu dah malam so takde orang and mamak tu pun nak tutup, dia (bapa kandung) akan pasang video lucah kuat-kuat bagi semua orang dengar. Dia akan gelak macam tengok kartun and ajak Aqish tengok sekali,” jelasnya.
https://www.tiktok.com/@racunbegkuning/video/7139158601888845083?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Pernah diraba, diberi telefon bimbit penuh video lucah & dihasut supaya membenci ibu sendiri
Menerusi podcast sama, Puteri Balqis turut mendedahkan bapa kandungnya pernah merabanya beberapa kali. Malah, dia juga pernah masuk ke dalam tandas sama sewaktu pelakon itu sedang mandi.
“Bila dia marah Aqish, dia takkan bagi Aqish pergi kat mummy. Dia akan cakap mummy jahat. Lepas ayah dengan mummy divorce, dia pernah bagi Aqish telefon bimbit tapi dalam tu penuh dengan video lucah,” katanya.
@buletin.tiktok Part 2. credit : brossgang tv . Dapatkan casing RM 5 yang cute di bag kuning ?? #fyp #berandafyp #berandatiktok
Susah nak bercerita pada orang luar sebab penampilan ibu
Jelas terkesan dengan apa yang pernah menimpanya, Puteri Balqis berkata ibunya sendiri ada memintanya untuk tidak pernah membongkarkan masalah keluarga mereka kepada umum.
Selain itu, Puteri Balqis turut mengakui sukar untuk meyakinkan orang ramai kerana penampilan ibunya yang bertatu manakala bapa kandungnya pula memakai jubah dan berkopiah.
Walau bagaimanapun, mungkin kerana sudah tidak tahan memendam derita, Puteri Balqis meminta maaf kepada ibunya secara terbuka dalam podcast terbabit kerana memilih untuk tampil dan menceritakan kisah hidup mereka.
“Aqish nak mintak maaf kat mummy Aqish sebab Aqish dah tak tahan. Setiap kali nak bagitau, mummy akan suruh Aqish diam sebab taknak backfire balik kat mummy. Aqish dah tak boleh dah, it’s been 15 years…” kata Puteri Balqis.
Netizen dah agak ada yang tak kena
Perkongsian terbabit nyata mengundang rasa sebak daripada pengguna media sosial. Namun, ada juga yang berkata mereka seolah-olah sudah mengagak ada yang tidak kena dengan kehidupan Puteri Balqis kerana pelakon itu berubah sekelip mata,
“Dia bukan saja nak buka aib keluarga dia tapi mungkin dia dah penat pendam dan orang pulak asyik fitnah macam-macam kat dia dan ibu dia,” komen netizen.
“Patut pun kalau dia berlakon cerita sedih memang menjadi. Rupanya melalui sendiri… Harap Puteri Balqis bersabar dan terus kuat,” kata pengguna lain.
“Betul kata orang. Masalah dan pengalaman hidup tu membuatkan seseorang cepat matang. Semoga Aqish dan ibu menjalani kehidupan bahagia lepas ni,” tulis seorang netizen pula.
Korang boleh tengok full podcast tu kat YouTube brosgangtv dan di TikTok racunbegkuning.
Sumber: TikTok racunbegkuning, YouTube brosgangtv
Baca: “Dah macam kes Gipsy & Dee Dee weyh” – Bapa Saudara Dakwa Puteri Balqis Didera Untuk Duit?