in

Sorok Minat Dari Keluarga, Doktor Wanita Ini Tumpaskan Lawan Dalam Debut MMA

Doktor Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang atet wanita Mixed Martial Arts (MMA) berjaya dalam menumpaskan lawannya dalam pertandingan Road to UFC.

Memetik laporan MMA News, Shi Ming yang berlawan dalam kategori Strawweight itu telah melakukan tendangan tepat ke arah kepala lawannya sekaligus memberikan kemenangan TKO kepada beliau.


Screenshot 2024 11 24 At 1.11.36 Pm

Sebelum mengegarkan pentas MMA, atlet berusia 30 tahun itu adalah seorang doktor perubatan sepenuh masa di sebuah hospital di Kunming, Wilayah Yunan, China.

Artikel berkaitan: Jake Paul Berjaya Tewaskan Legenda Tinju Dunia, Mike Tyson

Artikel berkaitan: Khabib Kongsi Gambar Depan KLCC Di Instagram, Tapi Netizen Indonesia Pula Yang Banjiri Ruangan Komen

Screenshot 2024 11 24 At 1.13.12 Pm

Shi Ming adalah seorang pakar dalam rawatan akupuntur dan pengelibatan beliau dalam dunia MMA ini tidak diketahui oleh keluarga dan rakan sekerja.

Bercakap mengenai perlawanan itu, Shi Ming berasa sangat gembira dan pada masa yang sama sangat bimbang tentang lawan saya.

Beliau juga turut meminta maaf kepada lawannya yang terpaksa diusung keluar dengan bantuan paramedik selepas tamat perlawanan itu.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.