Lwot

Musim-musim cuti raya ni je lah korang boleh luangkan masa dengan family dan rakan-rakan untuk beriadah bersama.

Jadi, memandangkan duit raya tengah banyak ni, apakata admin suggest korang gunakannya untuk buat roadtrip ke Perak. Budget tak banyak pun cuma RM85 je sorang tapi korang boleh enjoy 85 tarikan yang ada di Lost World Of Tambun!


 

1. Foodhunting

Ipohstreet

Perak memang terkenal dengan menu-menu makanan yang special. Korang pun dah sedia maklum Perak ni memang food heaven kan. Dekat Ipoh Street korang boleh merasa makanan –makanan itu jauh lebih enak, harga pun murah!

Dulangteahouse

Tapi, kalau korang masih tak boleh move on dengan menu raya. Dekat Dulang Tea House ada menyediakan menu raya seperti ketupat, lemang dan menu special gulai tempoyak ikan patin.

Malah, kat Lost World Of Tambun ni kan, ada macam-macam lagi aktiviti tau sepanjang cuti raya ni tau! Semuanya dengan bajet RM 85 je!

2. Berhibur bermain permainan tradisional

Permainantradisional

Sepanjang 25 Mei hingga 9 Jun ini, sempena tema Malaysia First Lah di Lost World Of Tambun pelawat juga boleh merasai keindahan budaya dan tradisi melayu.

Raya

Jadi, inilah peluang untuk anak-anak moden nak rasa main congkak besar, Teng Teng dan macam-macam lagi yang mengimbau zaman childhood kita. Bukan tu je, ada 85 tarikan yang korang boleh enjoy seperti…

Teng

3. Hot Spring

Infinity Pool

Dah penat beraya tu apa kata admin suggest korang berendam di kolam air panas semula jadi. Kolam air sejuk pun ada.

4. Instaworthy

Instaworthy

Dekat Lost World Of Tambun ini juga terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk korang mengambil gambar Instagram anda. Salah satu tempatnya ialah hutan Luminous Forest.

Instaworthy2

5. Manja dengan kucing

Manjakucing

Kepada siapa yang pencinta kucing di sini terdapat rumah kucing Catopia di mana anda boleh bemanja dengan sepsis-spesie kucing dari baka luar negara. Bukan itu sahaja, terdapat juga haiwan lain seperti rakun, zirafah, badak air dan harimau.

Kuangraya

Baru-baru ini Lost World Of Tambun baru melancarkan program pemuliharaan burung Kuang Raya atau Great Argus. Pada siapa siapa yang tak pernah lihat anda boleh kunjung kerana ia dikatakan spesis yang terancam.

6. Staycation!

Lostworldhotel

Hah! Tak tahu nak tidur mana? Berhadapan taman tema Lost World Of Tambun, terdapat Lost World Hotel dimana ia hanyalah hotel di Malaysia yang memberikan dua tiket percuma ke Lost World Hot Springs & Night Park jika anda bermalam di sana.

Malah, korang pun akan dapat sarapan buffet tau! Kan dah jimat kat situ! Apa lagi cepat lah beli tiket.

Super Suite 3

Kalau korang ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Lost World Of Tambun di 05 542 8888 atau layari www.sunwaylostworldoftambun.com.