Beberapa bulan lepas, pengguna media sosial dikejutkan dengan gambar yang dimuat naik oleh pelakon, Sophia Albarakbah ketika menonton wayang bersama seorang lelaki misteri.
Hari ini, Sophia secara terbuka telah mengakui bahawa dia sedang menjalin hubungan percintaan bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Mr Doctor’, namun dia enggan mengulas lanjut mengenai hubungan tersebut.
Menurut Sophia, teman lelakinya itu selalu memberi kata-kata semangat sewaktu dia terpalit dengan kontroversi dituduh sebagai penyondol rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.
“Saya tak gemar berkongsi hal peribadi, kalau sudah berkahwin nanti saya akan kongsi kepada semua…tapi orang yang rapat dengan saya tahu siapa jejaka tersebut,” kata Sophia.
Tambah Sophia, buat masa sekarang dia hanya mahu orang ramai mengenali teman lelakinya itu sebagai ‘Mr Doctor’ sahaja.
Dalam pada itu, bercakap mengenai kontroversi yang menjadi bualan warganet sebelum ini, Sophia memiinta orang ramai agar tidak lagi membangkitkan isu itu memandangkan penggambaran drama berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah sudah pun selesai.
Bagi Sophia, cukuplah pihak tertentu sahaja yang tahu cerita sebenar di sebalik kejadian tersebut termasuk Bella yang pernah mendedahkannya bermain cinta dengan Aliff di lokasi penggambaran.
“Saya rasa cerita ini sudah lama dan semua orang patut move on. Kami pun sudah selesai menjalani penggambaran. Cukuplah hanya orang-orang terlibat sahaja tahu.”
“Soal hubungan saya dengan Bella pun, saya rasa tidak perlu beritahu. Kami berada dalam industri sama, jadi kalau ke mana-mana pun pasti akan terserempak,” jelasnya.
Selain itu, Sophia menghormati keputusan Aliff yang pernah memaklumkan bahawa dia enggan berganding bersama Sophia lagi selepas kontroversi mereka hangat diperkatakan.
Dalam masa yang sama, dia juga akui emosinya sedikit terganggu susulan pelbagai kritikan dan kecaman yang diterima termasuk daripada rakan-rakan artis.
Sumber : mStar
Akhirnya terjawab juga persoalan warganet tentang bf Sophia tuu…
Baca : “Semua orang bersikap profesional” – [VIDEO] Sophia Albarakbah Kekal Fokus Masa ‘Shooting’