Masih membicarakan isu halal minuman-minuman bubble tea yang viral di Malaysia.
Kali ini, seorang lelaki bertindak membetulkan persepsi seorang netizen yang mendakwa proses untuk memperolehi sijil halal JAKIM mahal.
Prosedur dapatkan sijil halal JAKIM mahal?
Azrul Mustaffa menyebut, proses untuk mendapatkan sijil halal JAKIM mahal kerana ia melibatkan banyak pihak termasuk upah konsultan.
Justeru menjadi punca kepayahan sesuatu premis syarikat untuk mendapatkan kelulusan halal JAKIM walaupun sumber makanan diperolehi dari sumber halal.
Namun pendapatnya disangkal lelaki ini.



Korang boleh rujuk website halal JAKIM untuk memahami cara memohonnya. Korang rasa susah ke senang?
Kadar yuran pensijilan permohonan halal JAKIM
Kenyataan lelaki itu turut disokong oleh pengguna Twitter lain. Tambahnya, ia juga bergantung kepada jenis industri syarikat yang memohon pensijilan halal itu seperti disebut di laman web JAKIM.

Katanya, premis makanan hanya dikenakan cas yuran pensijilan sebanyak RM200 setiap cawangan untuk tempoh dua tahun.

Sementara laman web JAKIM sendiri menyebut JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri tak melantik atau iktiraf mana-mana pihak ketiga untuk jalankan aktiviti pensijilan halal atau konsultansi pensijilan halal.

Kos memenuhi ciri-ciri piawaian halal JAKIM
Tapi kedua-dua lelaki ini juga bersetuju kos bagi menepati ciri-ciri piawaian halal ditetapkan JAKIM juga bergantung kepada business nature atau aktiviti perniagaan berkenaan.


Hmm..satu lagi ilmu baru yang dapat dikongsikan dengan rakyat Malaysia. Bagus juga ek ada debat macam ni.
Baca: Eksekutif Senior HDC Kongsi Cara Kesan Bahan Bubble Tea Halal Atau Tak