in

“Solat tu segalanya untuk saya” – Kesihatan Semakin Merosot, Shahrulezad Sedih Tak Dapat Solat Seperti Biasa

page budak ijat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita ketahui pengarah dan juga penerbit terkenal, Shahrulezad atau lebih mesra dikenali sebagai Budak Ijat telahpun dijangkiti wabak Covid-19 dari staf produksinya minggu lalu.

Shahrulezad kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB) kerana kadar oksigennya semakin merosot sejak Sabtu lepas. Kini kesihatannya juga semakin lemah sehingga setiap pergerakannya terbatas.


Semalam melalui posting terbarunya di Instagram @budakijat, dia memberitahu rasa sedihnya kerana tidak lagi boleh menunaikan solat dengan baik kerana kondisinya yang tidak mengizinkan dirinya berbuat demikian.

https://www.instagram.com/p/CV95vLYPv8C/

“Abam tak kisah kalau di duga Covid macam ni. I am fine. Tapi abam sangat kisah bila solat abam jadi macam ni” – Shahrulezad

Tambah pengarah yang terkenal dengan siri Nur itu, pergerakannya semakin terbatas sejak dia menunaikan solat Zohor kerana dia bergelut untuk mendapat solat yang sempurna.

“Abang tak kisah kalau abang jatuh sakit but please not my solat. My solat is everthing to me. Abg lagi down kalau abg tak dapat solat” – katanya

Sebelum ini, dia dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) ke HSB kerana kadar oksigen dalam badannya semakin menurun.

budak ijat 1

 

Justeru itu, dia meminta jasa baik semua yang mengenalinya untuk mendoakan kesihatannya agar dikembalikan seperti sediakala dan juga dia turut menyeru orang ramai untuk berdoa juga bagi pesakit Covid-19 yang lain.

Min doakan abang Budak Ijat sihat semula sebab Min tak sabar nak tengok drama-drama power Shahrulezad kat TV!

Baca: 2 Kes Pertama Covid-19 Varian Delta Plus Dikesan Di Malaysia- KKM

untitled 3

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.