in

Solat Tarawih Di Sekolah Pondok Ini Ambil Masa 8 Jam, Baca 1 Juzuk Al-Quran Setiap Rakaat

F1 8 Jam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan jemaah masjid di Malaysia akan menunaikan solat tarawih sebanyak lapan rakaat dan ia akan berakhir dalam masa lebih kurang satu jam. Masjid yang korang pergi pulak buat berapa rakaat?

Namun, di sebuah sekolah pondok di Magetan, Jawa Timur, Indonesia pula, jemaahnya akan mengambil masa selama lapan jam untuk bertarawih kerana imam membaca satu juzuk Al-Quran untuk setiap rakaat, lapor Suara.com.


Video jemaah di sana menunaikan solat berkenaan telah menjadi perhatian netizen negara itu setelah dikongsikan menerusi TikTok maat_smart baru-baru ini.

@forkyygarpu

ada yang mau otw kesana ga ? #RamadanKembaliKuat #tiktok #fyp #taugaksihkamu #mobilelegends #ramadhan

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Dalam video berkenaan, ada dikongsikan bahawa jika dihitung, solat tarawih itu akan dimulakan sebaik sahaja selesai Isyak iaitu sekitar pukul tujuh malam dan akan selesai pada pukul tiga pagi.

Walau bagaimanapun, ada netizen lain di ruangan komen yang kongsikan bahawa jemaah sekolah pondok itu akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut juzuk.

Solat 8 Jam 3

Difahamkan, ada jemaah yang solat tarawih dan baca lima juzuk dan ada juga yang baca 10 atau 15 juzuk ikut kumpulan imam masing-masing.

Ini kerana sekolah pondok berkenaan dikatakan mempunyai sebanyak 17,000 pelajar. Untuk yang 30 juzuk bacaan ketika tarawih itu pula, hanya sesetengah pelajar sahaja yang dibenarkan untuk ikut serta kerana syarat utamanya, jemaah dan imam perlu lah sudah menghafaz semua juzuk Al-Quran.

Memetik laporan Utusan, kumpulan-kumpulan pelajar yang telah dibahagikan tadi setiap satunya akan ada enam orang imam supaya boleh bergilir-gilir.

Solat 8 Jam 2

Kiranya, kalau dorang tak nak solat lama-lama, boleh je terus join group imam yang baca lima atau 10 juzuk Al-Quran.

Bacaan 30 juzuk Al-Quran dalam ibadat tarawih di sana juga telah menjadi tradisi tahunan sekolah berkenaan.

Maknanya boleh dikatakan dorang ni akan khatam Al-Quran hampir setiap hari la kan?

Sumber: Suara.com, TikTok @maat_smart

Baca: “Tempat lain kena buat jugak ni”- Lelaki Dipuji Gara-gara ‘Review’ Solat Tarawih 

Solat 8 Jam 1

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.