“Undang-undang berita palsu akan diberi definisi yang jelas dan syarikat berita akan faham apa yang dikatakan (sebagai) berita palsu dan bukan.”
Begitu kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tentang kebebasan bersuara. Menurut Malaysiakini, Tun memaklumkan bahawa undang-undang antiberita palsu akan diberi takrifan yang jelas.
Kerajaan sama sekali tidak akan mengambil tindakan kepada organisasi berita walaupun menyiarkan berita yang tidak memihak kepada kerajaan, selagi ia bukan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.
Tetapi, jika terdapat usaha untuk mencetuskan rakyat agar berkelahi dan (suasana) tegang, ianya tidak dibenarkan. Namun, media bebas dan tidak akan dikenakan tindakan jika sekiranya laporan dibuat tidak menyentuh isu tersebut, meskipun tak senang didengar oleh kerajaan.
Walaupun kita sokong konsep kebebasan akhbar dan bersuara tetapi ada hadnya. Jika sengaja cuba cetuskan huru-hara, itu akan dihadapi (dengan) undang-undang khusus.”
Pengerusi BERSATU itu bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas sama ada kerajaan akan memansuh atau meminda Akta Antiberita Tidak Benar yang diluluskan kerajaan sebelum ini, atau merangka undang-undang baru.
Ini baru betul kebebasan bersuara kan? Tapi ingat, janganlah pulak sengaja timbulkan pergaduhan antara satu sama lain….
Baca: “Kita tidak akan menambah hutang lagi. Kita bukannya bodoh” – Tun Daim