in

“So, apa benefit untuk Msia?” – Caprice Selamat Pulang, Netizen Perli Pasal Misi Jihad & Kontroversi MV

Ft Caprice Balik Msia Netizen Perli Pasal Jihad

Melalui perkongsiannya di Instagram, penyanyi rap, Caprice memaklumkan dia sudah selamat tiba di Malaysia semalam selepas lebih dua bulan berada di Mesir dan Jordan. Menerusi posting itu, dia berterima kasih kepada pihak polis yang menjaga keselamatannya dari gate kapal terbang, sehinggalah sampai ke hotel untuk menjalani kuarantin.

Pertama kali naik van polis. Terima kasih kepada pihak yang bantu Caprice tadi. Alhamdulillah, it feels good to be back home.”

Story1

Bagaimanapun, selepas beberapa jam menjejakkan kaki di tanah air, Instagram Caprice sudah dibanjiri komen-komen daripada netizen berkenaan misi jihadnya sepanjang berada di sana.

Menerusi beberapa posting di Instagram, ramai netizen dilihat sempat menyindir dan memerli penyanyi rap tersebut tentang isu muzik video terbarunya yang viral di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Netizen Perli Caprice

Selain itu, ada juga yang terus menuntut penjelasan daripada pihak Caprice berkenaan misi jihad dan bertanya apakah kaitannya dengan muzik video di padang pasir terbabit.

Menurut netizen, Caprice patut memberikan penjelasan dengan lebih terperinci kerana masih ramai orang mempertikai tujuannya ke sana serta menggelarkan ia ‘fake jihad’. Antara komen netizen,

Caprice, I suggest you explain in detail everything you did in Jordan and Egypt from A to Z. Terlalu banyak yang masih kabur dan orang pertikai tujuan Cap ke sana hanya untuk ‘fake jihad’ buat MV. Kami pun nak tahu juga.”

Caprice kena terangkan isu MV kamu terbaru tu ya.”

Cap2

Namun, segelintir netizen dilihat meminta yang lain untuk bersabar dan tidak terus berkata-kata atau memfitnah penyanyi tersebut. Sebaliknya, kata mereka lihatlah dari sudut yang positif dan tunggu saja penjelasan daripada tuan empunya badan.

Terdahulu, muzik video Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mendapat perhatian di media sosial menunjukkan dia menaiki kenderaan jenis pacuan empat roda bersama beberapa orang Arab yang memegang senjata. Pada video tersebut, tertulis hint ‘Tiger of AlQuds’ dan tarikh 10.10.21 tanpa mempunyai apa-apa penjelasan lanjut.

Baca: “Ini ke yang dia nak perjuangkan?” – Buat Muzik Video Naik Range Rover Di Padang Pasir, Netizen Persoal Jihad Caprice

Collage 8 E1630911922471

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram