in

“Situasi Shuk dengan Farhan tak sama langsung” – Dr Erin Terkilan Netizen Senarai Da’i Farhan Antara Lelaki Curang di Malaysia

Lelaki Curang Beginilah Nasibnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, isu Shuk yang curang terhadap isterinya telah menjadi topik utama perbualan antara netizen. Bila sebut pasal curang, mestilah netizen juga akan teringat kisah pendakwah selebriti yang pernah terpalit dengan isu yang sama.

Pun begitu, perkara ini telah menimbulkan rasa tidak senang Dr Erin iaitu bekas isteri Da’i Farhan, apabila netizen mula menjadikan bekas suaminya sebagai bahan lawak di TikTok dan mengaitkan pendakwah itu dengan pelawak Shuk. 


Farhan 1

Menerusi perkongsian Instagram Dr Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi, dia menganggap tindakan individu yang menyenaraikan nama bekas suaminya sebagai lelaki curang adalah satu tindakan yang tak wajar.

“Bukan nak backup sebab masih cinta ke sayang ke tapi sebagai seorang manusia yang ada hati belas kasihan, saya tak sampai hati betul tengok. 

“Baik buruk semua campoq hentam semua sekali. Bergurau menjatuhkan maruah orang di media sosial secara berjemaah dengan video-video bodoh ni… yang buat video tulis ciri-ciri lelaki curang tu pi letak mula Ust Farhan,” katanya.

Erin 1

 

“Dia tak curang pun” 

Tambah Erin, meskipun dia pernah hidup bermadu dengan Da’i Farhan, dia tetap menganggap bekas suaminya itu seorang yang bertanggungjawab dan bukan jenis yang suka melepak di rumah ‘skandal’.

Situasi Shuk dengan situasi Farhan tu tak sama langsung. Farhan tak pernah curang dengan isteri dia sampai pergi lepak rumah skandal sampai bini kena melilau tengah malam cari laki. Farhan tu adil sangat sebagai suami dan ayah. 

“Selama dia berpoligami dia tidak pernah abaikan tanggungjawab dia kepada pihak sana dan anak-anak dia,” katanya lagi.

Bbxomw8

Video TikTok itu juga kata Erin bakal meninggalkan kesan buruk kepada keluarga jika terus ditonton oleh orang ramai kerana tak pasal-pasal pula orang menggunakan perkara tersebut untuk mengejek anak-anaknya.

Malah tambahnya lagi, lelaki yang berpoligami juga tak boleh diklasifikasikan sebagai curang kerana ia membawa impak besar di masa hadapan.

“Kalau lelaki kahwin 2 3 4 tu curang kenapa tak diletakkan sekali pic2 public figure alim ulama, menteri-menteri, artis-artis  yang ramai bini tu?” soalnya.

Berikut posting penuh dari Erin:

Farhan 2

Apa pendapat korang mengenai isu ni? Adakah yang berpoligami tu boleh dianggap curang? 

Baca: “Kejap nak rujuk sana, kejap nak cerai balik” – Dr Erin Minta Dilepaskan, Da’i Farhan Ceraikan Talak Satu Melalui Voice Note

Farhan

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Blog
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.