in

“Siti Nurhaliza next?” – Rupanya Hanya 4 Penyanyi Ni Je Pernah Terima Gelaran Biduan Negara Dalam Sejarah

Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah mengatakan bahawa dia merupakan peminat Siti Nurhaliza ketika bercakap di dalam Parlimen.

Ketika sidang tersebut, Fahmi mengakui walaupun ramai pegawai-pegawainya merupakan peminat Taylor Swift, namun dia mengakui bahawa dia seorang Sitizoner.


Ekoran ini, salah seorang peminat penyanyi Siti Nurhaliza, @IniAlalalannn telah meminta agar YB Fahmi dapat memberikan gelaran Biduanita Negara secara rasmi kepada Siti Nurhaliza membuatkan menteri ini membalas bahawa dia akan meneliti perkara tersebut.

Screenshot 2024 03 15 At 12.54.21 Pm Down

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya Biduan dan Biduanita negara ini bukanlah sebarang gelaran tau, ia satu anugerah yang diberikan oleh Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (PAPITA) melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dalam sejarah hiburan tanah air di Malaysia, hanya tiga orang penyanyi sahaja yang telah menerima gelaran ni tau! Kalau nak tahu siapa, baca dekat bawah ni!

1. Saloma

Allahyarhamah Puan Sri Datin Amar Salmah Ismail atau lebih dikenali sebagai Saloma telah dianugerahkan gelaran Biduanita Pertama Negara pada tahun 1978 bagi menghargai jasa-jasanya dalam industri seni tanah air.

Suaranya yang lunak merdu ini telah menarik minat banyak syarikat ternama. Malah, Saloma telah menjadi penyanyi wanita pertama negara yang mendapat tawaran menyanyi di luar negara iaitu Australia.

Pada tahun 1990, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan P. Ramlee bintang Darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri. Ini sekaligus menjadikan Saloma turut menyandang gelaran Puan Sri. Pasangan ini telah pun meninggal dunia ketika menerima gelaran tersebut.

2. Ahmad Jais

Datuk Ahmad Jais

Allahyarham Datuk Mohd Jais Ahmad atau dikenali sebagai Ahmad Jais merupakan penyanyi lelaki pertama yang telah mendapat gelaran biduan negara.

Penyanyi yang terkenal dengan irama pop yeh yeh ini telah memulakan kerjayanya dalam industri seni pada era 60-an/70-an dan beliau masih aktif membuat persembahan sehingga akhir hayatnya. Allahyarham meninggal dunia pada 11 Oktober 2011 pada usia 75 tahun.

3. Sharifah Aini

Adsd

Allahyarhamah Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar merupakan penyanyi wanita kedua yang telah menerima gelaran Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

Sharifah Aini telah menerima Anugerah Tertinggi Biduanita Negara di Anugerah Kecapi 2006. Ia merupakan satu penghormatan terbesar untuk penyanyi ini setelah lama penghormatan tersebut dipegang oleh Saloma.

Biduanita negara ini telah meninggal dunia pada tahun 2014 akibat jangkitan pada paru-paru.

4. S.M Salim

Salim01 1483490942

Pada tahun 2013, Allahyarham Tan Sri S.M Salim telah diberikan penghormatan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan memberikan Anugerah Biduan Negara yang berbentuk selempang, pingat, trofi, wang bernilai RM30,000 serta sijil penghargaan.

Menteri KPKK pada ketika itu, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim mengatakan penghargaan tersebut diberikan bagi menghargai jasa S.M Salim yang telah mengangkat lagu-lagu asli selama 56 tahun dalam industri seni tempatan.

Bonus: P. Ramlee

P Ramlee Suka Duka Dianiaya Dikhianati Melayu1.Jpg

Gelaran Biduan dan Biduanita negara ini merupakan sebahagian dari Anugerah Seni Negara iaitu anugerah tertinggi bidang seni yang diiktiraf oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Selepas lima tahun menghembuskan nafas terakhirnya, Allayarham Tan Sri P. Ramlee telah menerima gelaran Seniman Agung di Anugerah Kecapi anjuran PAPITA. Ia juga merupakan tahun yang sama isterinya, Saloma menerima gelaran Biduanita Negara Pertama.

Sehingga hari ini, P. Ramlee merupakan satu-satunya individu di Malaysia yang menerima gelaran Seniman Agung Negara.

Sumber: Anugerah Seni Negara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.