in

Siti Kasim Menang Saman Ke Atas Jawi RM160K Sebab Buat Penangkapan Menyalahi Undang-undang Terhadapnya

ft siti kasim jawi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pegawainya telah membuat penahanan dan tangkapan peguam dan aktivis Siti Kasim yang telah menyalahi undang-undang.

Serbuan tersebut dibuat ketika satu majlis makan malam amal persendirian yang dilakukan pada tahun 2016. Keputusan itu dibuat setelah Hakim Su Tiang Joo berpuas hati yang Siti telah berjaya memberikan bukti kesnya berdasarkan imbangan kebarangkalian.


Artikel berkaitan : Percaya Cara Ajal Dijemput Sudah Tertulis, Siti Kasim Tak ‘Goyah’ Dengan Ancaman

Artikel berkaitan : Polis Buat Andaian Suspek Belajar Dari Internet, Buat Letupan & Letak Bawah Kereta Siti Kasim

Memetik laporan FMT, Hakim mengesahkan bahawa Siti pada ketika itu berada di lokasi tersebut atas kapasiti pembantu peguam bela ketika ditangkap kira-kira jam 10.30 malam pada 3 April 2016. Beliau telah ditahan tanpa asas sebelum dibebaskan sekitar jam 2.30 pagi pada keesokan harinya.

Tambah Su, pegawai agama yang terlibat tidak ada sebarang asas undang-undang untuk menangkapnya malah tidak ada kuasa mengambil tindakan terhadap kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian memberi Siti sebanyak RM160,000 sebagai ganti rugi am dan ganti rugi teruk, serta RM100,000 bagi kos guaman

Berikutan itu, Siti memfailkan saman sivil terhadap Jawi dan kerajaan pada September 2019 kerana ingin menuntut pampasan atas penangkapan salah dan penahanan yang dibuat secara tidak sah.

Screenshot 2025 07 18 163455

Beliau berhujah bahawa dirinya ‘hilang kebebasan’ selama 4 jam susulan dengan penahanannya yang berlaku pada 3 April 2016 itu dan mendakwa mengalami ‘kecederaan’ secara psikologi, penghinaan, dan juga alami tekanan mental.

Tegas Siti, beliau cuma melakukan tugasnya sebagai seorang peguam semasa serbuan itu dan menegaskan tidak pernah menghalang pegawai terbabit melaksanakan tugas.

Siti telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2020 daripada pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana didakwa menghalang pegawai Jawi, Nor Jihan Saleh, semasa serbuan yang berlaku dalam satu acara pertandingan ratu cantik melibatkan golongan transgender.

Siti Kasim diwakili peguam A Saha Devas sementara Peguam Kanan Persekutuan Nur Irmawatie Daud mewakili defendan.

Sumber : FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.