in

SIS Hormat Nasihat Sultan Selangor, Gugurkan Perkataan ‘Islam’ Daripada Nama

syaz ft 2025 07 31T121947.087

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan aktivis dan pejuang hak wanita, Sisters in Islam (SIS) menghormati nasihat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengugurkan perkatan ‘Islam’ daripada nama kumpulan itu.

Pengarah Eksekutifnya, Rozana Isa berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat agung luar biasa pada 11 Julai lalu dan kini akan menggunakan nama berdaftarnya, SIS Forum (Malaysia).


“Walaupun kami menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada nama pena kami, kami tetap teguh dalam komitmen memperjuang kesaksamaan jantina dan keadilan dalam undang-undang keluarga Islam.

Akhirnya, yang paling penting adalah usaha kami untuk wanita Islam dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.

Artikel berkaitan: Dukacita Dengan Keputusan Mahkamah, Sultan Selangor Gesa SIS Forum Tidak Lagi Guna Perkataan ‘Islam’

Artikel berkaitan: Sultan Selangor Tidak Setuju Garis Panduan Menghadiri Perayaan Bukan Islam

e4772274861a26bd52e75e365e2445dd

Sultan Selangor sebelum ini menzahirkan kekecewaan dan dukacita dengan sebahagian keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyentuh pemakaian fatwa bertarikh 31 Julai 2014 yang tidak terpakai kepada SIS Forum Malaysia serta pertubuhan atau institusi, sebaliknya hanya terpakai kepada individu.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, baginda menegaskan bahawa penyalahgunaan perkataan ‘Islam’ dalam nama dan penerbitan SIS Forum (Malaysia) boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam.

Menurut laporan Berita Harian, Rozana berharap keputusan dibuat melalui mesyuarat agung luar biasa itu akan menamatkan pertikaian yang lama berlarutan berkaitan nama kumpulan itu dan membolehkannya terus bekerjasama ‘dengan semua pihak secara berhemah’.

Sumber: Berita Harian

Sumber: MalaysiaKini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.