Dah masuk hari kedua bulan Ramadan ni, semua okay je ke tu? Hehehe…
Biasalah kalau kita bercakap pasal kehangatan bulan puasa tahun ni, mesti terasa lain sikit kan? Mana taknya, solat tarawih pun dah boleh rapatkan saf, bazar Ramadan pun beroperasi semula macam biasa.
Semalam memang meriah dengan perkongsian orang ramai di media sosial yang sempat pergi ke bazar untuk beli juadah berbuka. Masih berkait dengan bazar Ramadan, satu tweet di Twitter ni menarik perhatian betul!
MBPJ guna Crowd Controlled System (CCS) utk kawal kemasukan pengunjung di Bazar Ramadan KJ dan Kota Damansara.
Canggih! Kalau dh cukup limit pengunjung, sistem ni akan bunyi siren. So pengunjung dihentikan seketika dari masuk.
Good job @pjcitycouncil ???? pic.twitter.com/ROohExYijX
— Fareez Azman (@FareezAzmann) April 3, 2022
Video yang dimuat naik ini merupakan perkongsian dari pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mana mereka menggunakan Crowd Controlled System (CCS) untuk mengawal jumlah kemasukan pengunjung.
“Kalau dah penuh, siren akan bunyi”
Inisiatif canggih ini bukan saja dapat mengesan berapa ramai pengunjung yang masuk ke bazar malah ianya juga akan segera bunyikan siren apabila jumlah orang telah cecah limit yang betul.
Yelah, dalam seronok kita nak feeling puasa macam dulu-dulu, SOP still kena jaga jugak kan?
Ekoran itu, orang ramai di Twitter rata-rata meluahkan rasa teruja mereka apabila sistem itu diperkenalkan dan difahamkan ketika ini ianya hanya digunakan di bazar sekitar Kota Damansara.
Tak kurang juga yang inginkan sistem ini turut digunakan di kawasan selain dari daerah Petaling Jaya kerana ramai yang mengatakan keberkesanannya dapat bantu untuk mencegah penularan wabak Covid-19 ketika Ramadan.
Sabar eh korang… Mungkin diorang akan cuba implement lepas tengok cara ni? Yang penting, jangan leka jaga SOP tau!
Baca: [VIDEO] Pertama Kali Dalam Sejarah, Solat Tarawih Besar-besaran Dibuat Di Times Square, New York