in

“Sipi-sipi je” – Ngeri! Bawah Kening Lelaki Ini Tertusuk Paku Karat Semasa Potong Rumput

Sipi Sipi Je Ngeri Bawah Kening Lelaki Ini Tertusuk Paku Karat Semasa Potong Rumput

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berpantang maut sebelum ajal.


Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan insiden yang dialami seorang lelaki dari Itali ini selepas dia terselamat meskipun ada satu paku karat tertusuk betul-betul di atas kelopak matanya.

Memetik laporan DailyMail, insiden ngeri yang menimpa warga emas berusia 58 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu berlaku semasa dia sedang menggunakan mesin pemotong rumput di laman rumahnya.

Paku Karat 2 E1618637359337

Dikhabarkan, objek terbabit melayang kerana terkena mesin pemotong rumput dan telah tertusuk ruang di antara kening dan kelopak matanya.

Lelaki terbabit telah dikejarkan ke sebuah hospital di Verona, utara Itali bagi mendapatkan rawatan. Hasil ujian mendapati, paku karat yang berukuran kira-kira satu inci itu telah menembusi otot mengakibatkan mangsa tidak dapat membuka mata kirinya.

Paku Karat 3 E1618637391328

Pun begitu, pakar mengatakan warga emas terbabit sangat bertuah kerana paku karat itu berjaya dikeluarkan dan lelaki berkenaan tidak buta atau kehilangan organnya akibat insiden terbabit.

“Pesakit sangat bertuah. Jika objek itu terkena hanya beberapa milimeter sahaja lagi daripada tisu lembut mata, dia mungkin akan kehilangan deria penglihatannya pada mata kiri,” kata seorang doktor.

Untuk info, kes ini juga telah diterbitkan dalam International Journal of Surgery Case Reports oleh Dr Riccardo Nocini.

Sumber: DailyMail

Baca: ‘Cheat Death’! Budak Tertusuk Chopstick 8 Inci Dalam Tekak, Siap Boleh Nampak Ia ‘Timbul’ Di Belakang Kepala

Ft Linlin 2 E1618635341581

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.