Ramai mengeluh kena beratur panjang untuk membuat permohonan pasport baharu sehingga terpaksa menunggu seharian untuk membuatnya, itu pun kalau bernasib baik. Tapi ada juga yang dah penat menunggu, hujung-hujung nombor giliran pun tak dapat!
Begitulah perkara yang dialami oleh pemuda yang dikenali sebagai @dohankhairudin ketika dia baru sahaja nak mohon pasport di Pejabat Imigresen Kajang, namun begitu, dia ada jumpa cara yang lebih cepat dan ini apa yang dikongsikannya.
Buat pasport tanpa perlu ‘berjanggut’
Dohan tinggal di Damansara tetapi dia membuat keputusan untuk memohon pasport itu di Kajang atas saranan makciknya kerana dikatakan orang tak ramai berbanding di UTC.
I bagi tips as my experience ya. Kalau rasa invalidate, i apologise.
I stay Damansara. Tapi as my allocation stated I mula buat kat kajang. Yep. Why? Sebab my auntie stay kajang said queue kat imigresen kajang tak pack macam UTC. So i cam wow let's try.
— 👹🖤 (@dohankhairudin) July 10, 2023
Dia dengan rasa senangnya menjadi antara orang yang terawal di situ untuk menunggu giliran, bagaimanapun, tiba-tiba dia dimaklumkan bahawa permohonan baharu perlu dilakukan di cawangan Putrajaya dan Shah Alam sahaja.
Biarpun rasa frust, Dohan bagaimanapun terus ke Putrajaya memandangkan jam pada waktu itu baru sahaja pukul 8 pagi.
Namun begitu, sesampai dia di sana nombor giliran pula habis, ini kerana Pejabat Imigresen biasanya hanya menerima 100 permohonan sehari.
Sampai putrajaya pun lesser than 9am tak silap. Masani muka da tak rupa orang dah walaupun masih pagi. Dalam hati, asal passport aku siap sudah!
Masani aku dengan foreigner ikut HR extend visa pun takde beza. Nasib baik dah semprot parfum wangi2😂🤣
— 👹🖤 (@dohankhairudin) July 10, 2023
If i would to know shah aley je ada, takpayah aku travel utara pegi selatan selangor. Tweet pun takde. Nak pegi UTC, confirm2 pukul 5pm aku baru ambik gambar. Tu pun kalau dapat no la. Sebab daily application cuma 100 je dorang ni receive.
— 👹🖤 (@dohankhairudin) July 10, 2023
Mahu atau tidak, Dohan harus membuat pasport itu kerana hanya hari itu yang dia free dan kemudian meluahkan perkara ini kepada rakannya. Dari situ, dia dapat tahu yang Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) telah membuka tempat untuk membuat permohonan passport.
“Masa ini dah petak dah. Nak pegi hari lain rajin tak rajin. Cerita kejap dengan kawan my frustation. Sekali dia cakap jangan balik dulu. Cuba pergi kat KLIA1. And I was like… KLIA ada buat passport? What joke is this??!!”
Pejabat passport Malaysia KLIA
Dari Putrajaya drive all way lalu area kota warisan sampai la ke KLIA1 dalam jam 1030am. Tanya kat kaunter, syukur nikmat dapat no giliran. Tapi pegawai tu kata kena datang petang lepas 245pm. Slot pagi dah habis. I pun cam… okay that's great. At least boleh buat!
— 👹🖤 (@dohankhairudin) July 10, 2023
Pejabat Imigresen ini memang khas untuk urusan berkaitan pasport termasuk urusan permohonan kali pertama, malah tiada had seperti di cawangan lain!
Siapa yang struggle nak buat passport boleh cuba luck kat sini. Kat sini takde limit sehari 100. Probably ada lah limitation dia sehari since office hour pun 8am-5pm. Here's some pro tips for you guys to read before applying passport👇🏼
— 👹🖤 (@dohankhairudin) July 10, 2023
Untuk memudahkan anda, Dohan ada kongsikan segala maklumat mengenai waktu operasi, dokumen serta waktu permohonan dibuka, anda juga tak perlu isi borang!
Slot petang : 101-baki no giliran.
Assume sehari 200+ application.
Kalau nak slot pagi, datang la lepas subuh😂 ni real tak tipu. Sebab pukul 7am pun queue dah >10 orang. Kalau rasa nak santai sikit, datangla 10am, ambik no untuk slot petang.
— 👹🖤 (@dohankhairudin) July 10, 2023
Apa nak kena bawa buat passport?
Ic yg cip masih berfungsi dengan baik✅
Salinan ic fotostat hitam putih 1 copy ✅
Debit/Cc/E-wallet yg dengan baki yang cukup✅ (RM200 anyway🫥)Siapa bawa cash 200 diorang tak terima ya. So tayah bawa physical cash.
No form to fill.
— 👹🖤 (@dohankhairudin) July 10, 2023
Pakaian dan rupa diri.
Ni memang aku nak kena tekankan. Sebab aku rasa yg ini common sense. Tolong lah ya, pi amik gambar official senonoh sikit rupa diri. Tak mau mai pakai legging, seluar pendek, sleeveless. Pakai molek la. Dalam portal pun dia da mention apa yg perlu.
— 👹🖤 (@dohankhairudin) July 10, 2023
Selepas ambil gambar, hanya perlu tunggu antara 30 hingga 45 minit untuk pasport siap. Malah, untuk memudahkan lagi urusan, Dohan juga ada kongsikan kod pakaian yang sesuai untuk memudahkan kita.
Pakaian dan rupa diri.
Ni memang aku nak kena tekankan. Sebab aku rasa yg ini common sense. Tolong lah ya, pi amik gambar official senonoh sikit rupa diri. Tak mau mai pakai legging, seluar pendek, sleeveless. Pakai molek la. Dalam portal pun dia da mention apa yg perlu.
— 👹🖤 (@dohankhairudin) July 10, 2023
Ingat! Pastikan guna bayaran secara cashless, cash tidak diterima.
Baca : Mulai 1 Jun, 3 Pejabat Imigresen Ini Akan Mulakan Permohonan Pasport Secara Online