in

“Sini 3 bulan je” – Ramai Jealous Dr Amalina Boleh Ambil ‘Maternity Leave’ Sampai Setahun

collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah menjadi lumrah manusia, sentiasa tengok benda yang kita tak ada tu lagi baik dari apa yang kita ada. Bak kata mat salleh, grass is greener on the other side…

Macam yang korang semua tahu, Dr Amalina Bakri yang dulu pernah menjadi pelajar terbaik di Malaysia kini telah pun berhijrah ke London dan berkahwin dengan orang di sana.


Sekarang, doktor yang juga merupakan pakar bedah di Imperial College London ini sedang berada di bulan-bulan terakhir kandungan anak pertamanya dan menerusi Instagram, Amalina telah membuka peluang untuk pengikutnya tanya soalan.

https://www.instagram.com/p/CiW_73Ig4VX/

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila salah seorang netizen tanya cuti bersalin yang bakal diambilnya nanti dan berapa lama.

Menurut Amalina, maternity leave dia akan bermula pada minggu dia dijangkakan bersalin dan diberi pilihan untuk bercuti sehingga ke satu tahun.

Saya boleh ambil cuti bersalin sehingga setahun. Saya rasa mungkin saya akan ambil 10 bulan dan Alex (suami) boleh ambil perkongsian cuti selama dua bulan.”

FcXh9lBacAEHmOq

Tak cukup dengan itu, Amalina juga turut menjelaskan bahawa dia akan menerima gaji penuh dari tempat kerjanya selama lima bulan dan selepas itu gajinya akan dibayar oleh kerajaan di sana. Wahhh huntungggg

FcXh9lMaAAA1DZ7

Namun begitu, wanita ini turut menjelaskan bahawa lain tempat lain polisinya jadi semuanya bergantung kepada tempat kerja.

Seronok juga cuti setahun ni, selain dapat spend lebih sikit masa dengan anak, by the time kita nak masuk kerja pun anak dah besar tak adalah risau sangat kalau nak hantar ke pusat penjagaan tu kan?

 

Baca: Dr Amalina Bakal Timang Cahaya Mata, Banyak Muntah Sehingga Hilang Berat Badan Masa Trimester Pertama

Dr Amalina mengandung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.