in

Singapura Bakal ‘Ikut’ New Zealand Laksanakan Larangan Merokok Kepada Remaja

Larangan Merokok

Singapura bakal mengikut jejak langkah New Zealand dalam usaha melahirkan generasi yang bebas daripada rokok yang sejajar dengan pelan negara berkenaan untuk memastikan ianya bebas daripada bahan berbahaya berkenaan menjelang 2025.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura, mereka amat berminat dengan cadangan dan langkah yang dilakukan oleh New Zealand dan berkemungkinan akan mengadaptasi pelan yang sama di negara berkenaan.

Menurut mereka, cadangan yang diberikan New Zealand amat bernas kerana dalam usaha untuk mengekang tabiat buruk ini daripada generasi muda disana, mereka yang tidak mensisihkan golongan ‘otai’ yang sudah lama merokok.

New Zealand Ban Smoke

“Cadangan mereka ni sangat baik, dalam usaha tidak mahu generasi muda merokok, mereka juga tidak meletakan syarat yang ketat terhadap perokok sedia ada”

Berdasarkan larangan yang diperkenalkan oleh New Zealand, difahamkan ianya merupakan satu-satunya larangan yang tidak membenarkan ‘orang muda’ untuk membeli bahan berkenaan. Dalam masa yang sama, mereka yang berusia dibawah 14 tahun pada 2027 tidak dibenarkan membeli langsung sebarang jenis rokok seumur hidup.

Usaha yang dilakukan ini difahamkan untuk memastikan bahawa remaja-remaja disana tidak ‘belajar’ untuk merokok dan ianya dikelaskan sebagai kesalahan untuk membeli, menjual atau memasarkan produk berkenaan kepada generasi baharu.

Screenshot 4

Menurut Menteri Kanan (Kesihatan) Singapura, Dr. Koh Poh Koon, mereka mungkin tidak berdepan banyak masalah untuk memperkenalkan undang-undang tersebut kerana kadar perokok dalam kalangan remaja disana agak rendah berbanding negara lain. 

Dalam masa yang sama, menurutnya masalah mungkin timbul dengan adanya penjualan rokok elektronik dalam kalangan remaja. Walaupun diharamkan, tidak dinafikan ada banyak pihak cuba membawa masuk dan menjualnya secara haram menerusi media sosial dan sebagainya.

Walaupun idea pengharaman bahan tersebut oleh New Zealand masih berada di peringkat cadangan, namun Singapura optimis dengan keberkesanannya dan bakal meneliti bagaimana ianya boleh diadaptasi untuk diperkenalkan disana.

Baca : New Zealand Bakal ‘Ban’ Jualan Rokok Kepada Individu Yang Lahir Lepas 2004

Screenshot 3

Sumber: Yahoo!
Sumber: CNA Insider